Apj tertarik dengan kenyataan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir mengenai saranan beliau agar proses pendaftaran ahli baru Umno di permudahkan.
Sememangnya Apj dengar ramai kenalan yang baru berjinak untuk menyertai Umno kecewa dengan proses pendaftaran ini.. Banyak karenah bila kita sendiri nak check nama di Ibu Pejabat , ada ketika borang yang di hantar tidak di temui !!
Rasanya proses daftar ahli parti lain lagi mudah kot seperti parti Pas !! Buat yang jaga bahagian daftar ni , jangan sampai orang muak dengan Umno sudahlah ya !! Jalankan tanggungjawab dengan baik bukan terbalik.
"Proses mendaftarkan anggota masih dibelenggu dengan macam-macam masalah. Saya terima rungutan golongan profesional muda yang sudahpun berminat untuk menyertai Umno, tetapi ada yang kata pada saya sudah tiga hingga empat kali hantar borang, tapi borang hilang.
"Saya faham masalah ini sebab saya juga dulu jadi mangsa kepada masalah seperti ini dan yang merugikan kita ialah mereka ini begitu terbuka diterima oleh parti-parti pembangkang," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis Sepetang Bersama Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, di sini hari ini.
Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata seharusnya proses pendaftaran anggota baharu tidak wajar dirumitkan sejajar dengan konsep Umno sebagai sebuah parti yang inklusif.
LAKSAMANA MUKHRIZ MELAWAT AMPANG.... WOOOW, PERWAKILAN UMNO SOKONGLAH MUKHRIZ KERANA SESUNGGUHNYA MUKHRIZ AKAN JADI LEBIH BAIK DARIPADA TUN M DI DALAM SEGALA SERBI..
ReplyDeleteBERILAH PELUANG KEPADA BELIAU KERANA SEBELUM INI, PERWAKILAN UMUMNYA TELAH PON MENIDAKKAN LAKSAMANA MUKHRIZ DI MANA BELIAU TEWAS KEPADA SI KHAIRI ANAK MANJA DATUK RAMLAH VETERENG...
APA KATA KITA CUBA BERI PELUANG KE MUKHRIZ SEKALI...ACU SEKALI JEA.. KALI INI KALI TERPENTING WAHAI SAUDARA PERWAKILAN SEMUAAA..
APA2 PON JANGAN LUPA UNTUK MENGUNDI, MEMANGKAH LAKSAMANA ZAHID HAMIDI SEKALI YEA! INSYAALLAHU AMINIIIIN.