Pages

Sunday, 6 October 2013

#PEMILIHANUMNO : HUKUM SEBELUM DIJATUH HUKUM !! @NajibRazak @tunfaisal @khairykj #TF4MT


Apj tertarik satu artikel yang dikeluarkan di Sinar hari ini tentang nasib calon No 60 Majlis Tertinggi Umno iaitu Tun Faisal Ismail Aziz. 

Menurut artikel ini Tun Faisal kecewa namanya tidak disebut ketika majlis memperkenalkan calon di 3 negeri Pantai Timur tanah air.



Apj sependapat dengan Tun Faisal , kes berkenaan namanya digugurkan daripada calon Majlis Tertinggi masih dalam peringkat rayuan dan hanya akan diketahui esok 07 Oktober. Jadi dimana kesalahan atau apa salahnya namanya disebut disetiap kempen memperkenalkan calon.

Bayangkan kalau esok diumumkan beliau layak dan rayuan di terima , tak ke jenuh Tun Faisal nak kenalkan dirinya untuk calon Majlis Tertinggi Umno?? Sudahlah syarat yang ketat dalam pemilihan kali ini dan masa yang suntuk termasuk beberapa negeri yang menangguhkan sesi memperkenalkan calon.

Belum dikirakan masa , tenaga dihabiskan untuk perjalanan yang jauh setiap negeri. Sabarlah Tun. 



Apapun buat Tun Faisal , esok adalah penentu , usaha dah dilakukan sebaik mungkin , kita terima qada dan qadar Allah. 


Selamat berjaya #MAHASISWAUTARA

1 comment: