Pages

Friday, 4 October 2013

PRK SG LIMAU !! CERITA SEORANG MENTERI BESAR MUDA !! @MukhrizMahathir @NajibRazak


DPMM bersama penduduk Sg.Limau baru2 ini. 

PRK SUNGAI LIMAU CABARAN UNTUK MUKHRIZ 


Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menyifatkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau di Kedah pada 4 Nov ini merupakan cabaran besar kepadanya selaku menteri besar yang baharu.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah itu berkata, jentera pilihan raya BN pasti akan berdepan tentangan sengit memandangkan Dun Sungai Limau merupakan kubu kuat Pas.

Beliau berkata BN yang kini mentadbir Kedah ingin membawa pembangunan pesat ke Kedah dan semua itu mudah dilaksanakan sekiranya semua kawasan termasuk DUNSungai Limau berada di bawah BN.

"Gandingan antara dua ini (kerajaan pusat dan negeri) diharapkan membawapembangunan dan kemajuan bagi negeri Kedah," katanya ketika ditemui pemberitaselepas sesi memperkenalkan calon bagi pemilihan peringkat tertinggi Umno diStadium Indera Mulia di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai ciri yang perlu ada pada calon BN untuk merampas kerusi itu, Mukhriz berkata antara faktor penting dalam pilihan raya sama ada kecil atau umum ialah apa yang calon dan BN telah lakukan selama ini.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusofmengumumkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Dun Sungai Limau pada 23Okt dan pengundian 4 Nov.

Kerusi Dun Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah pada 26 September lepas.

Allahyarham mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau yang dimenanginya sejak1995 pada pilihan raya umum ke-13, Mei lalu selepas mengalahkan sepupunya,Fazillah Mohd Ali dari BN dengan majoriti 2,774 undi. - Bernama

Apj : harapan kami penduduk Sungai Limau untuk melihat Sungai Limau dapat menikmati pembangunan seiring pembangunan negeri .. 

No comments:

Post a Comment