Pages

Saturday, 16 November 2013

BIADAP !! KERAJAAN PKR/DAP SELANGOR CEKIK LEHER RAKYAT MELAYU MISKIN HINGGA NYAWA-NYAWA IKAN !!!



Apj terkejut juga bila baca pendedahan seorang blogger ni mengenai kenaikkan sewa rumah PPR di Selangor naik mendadak 100% dari rm124 kepada rm 250 sebulan !! apa punya kurang ajar la Kerajaan PKR Selangor yang dikatakan membantu rakyat ni buat macam ni pada rakyat miskin ?? 

Cina yang kaya-kaya biarkan kaya , Melayu dalam PPR di cekik darah mereka sampai habis !! Biasalah kan dalam pentadbiran PKR Selangor bayak cina apa jadi ADUNnya !! masa ni la nak kerat Melayu !! 

http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/11/bukti-kerajaan-selangor-cuba-menipu.html



Kerajaan Selangor melalui syarikat yang diberikan kuasa untuk menjalankan kutipan sewa kepada penyewa PPR nampak gayanya cuba menipu mereka untuk menaikkan harga sewa kediaman mereka dari RM 124 kepada RM 250 sebulan.

Daripada surat pekeliling yang diedarkan kepada penduduk atau penyewa yang membayar sewa sebanyak RM 124 jelas kerajaan negeri sudah mula menggula gulakan mereka dengan pemberian khairat kematian kononnya.

Syarikta perumahan dan hartanah Selangor SDN BHD telah mengeluarkan sirat seperti diatas dan kononnya jika mereka tidak bersetuju dengan kenaikan tersebut maka nama mereka akan dipamerkan di blok masing masing untuk dibuat semakan dan mendapat persetujuan daripada penduduk atau penyewa lain sama ada mereka layak atau tidak untuk membuat bayaran sebanyak RM 124.

Apa yang Sangkakala maksudkan sebagai gula gula ialah, mereka dikatakan akan dilindungi oleh khairat kematian yang mana jika penama meninggal dunia, maka mereka layak untuk membuat tuntutan sebanyak RM 1000, pasangan RM 500 dan anak anak juga sebanyak RM 500.

Persoalannya disini, adakah mereka yang membayar sewa sebanyak RM 124 ini benar benar berkemampuan?

Ada di kalangan mereka ini sudah berumur melebihi dari 60 tahun dan mereka ini adalah dikalangan warga emas.

Kerajaan Selangor jangan la cuba nak tipu orang ramai khususnya mereka yang menyewa di PPR ini seolah olah mereka terlalu bodoh hingga tak mampu untuk berfikir dengan waras.

Jika selama ini mereka membayar sewa sebanyak RM 124 sebulan atas dasar apa ianya hendak dinaikkan?

Lagi satu soalan Sangkakala, bukankah EXCO Perumahan Selangor telah mengatakan bahawa tidak ada kenaikan terhadap penyewa penyewa ini dan adakah dengan cara sebegini membolehkan kerajaan Selangor menaikkan sewa secara paksa tanpa disedari?

Sangkakala mengandaikan bahawa mereka ini cuba dianiaya oleh kerajaan Selangor melalui anak syarikat kerajaan Selangor sendiri kerana, jika nama mereka diletakkan di blok masing masing, adakah mereka yang membayar sewa sebanyak RM 250 akan bersetuju dengan kadar bayaran yang diterima oleh mereka yang membayar sewa sebanyak RM 124 selama ini?

Itu juga sebab kenapa Sangkakala mengatakan bahawa kerajaan Selangor cuba untuk memaksa mereka membayar sewa sebanyak RM 250 dan alasan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri nanti sudah pasti penduduk lain tidak bersetuju dan mereka ini akan terus diminta untuk membayar sewa sebanyak RM 250.

Sangkakala difahamkan bahawa mereka yang dipindahkan daripada setinggan di sekitar Selangor diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM 124 dan bagi mereka yang membuat permohonan untuk menyewa maka mereka ini perlulah membayar sewa dengan kadar RM 250 sebulan.

Dan kini mereka yang membayar sewa dengan kadar RM 124 dipaksa secara profesional oleh kerajaan negeri yang kononnya akan bertanya kepada penduduk lain dan jawapan yang sudah pastiakan diberikan nanti ialah mereka yang membayar sewa ini dikatakan tidak layak untuk mengekalkan sewa mereka dan sewa mereka akan dinaikkan dari RM 124 kepada Rm 250 sebulan.

Adakah ini keadilan dan kebajikan kepada rakyat yang diwar warkan oleh kerajaan Selangor dan dari pengamatan Sangkakala, mereka ini majoritinya adalah dari kalangan orang Melayu dan dimana lafaz sumpah Menteri Besar dihadapan DYMM Sultan Selangor bahawa beliau akan menjaga kebajikan orang Melayu dan agama Islam?

Penipuan demi penipuan dilakukan kepada rakyat Selangor oleh kerajaan negeri cuma ianya terselindung atau secara terang terangan.

No comments:

Post a Comment