Pages

Saturday, 16 November 2013

PENGGANAS FILIPINA SERANG PULAU POM-POM SABAH ??


Apj terkejut bila terbaca artikel mengenai pelancong China yang di tembak mati dan di culik oleh pengganas Filipina di Pulau Pom-Pom di Sabah. Tragedi ini mengingatkan Apj dengan tragedi Lahad Datu yang di serang oleh pengganas Sulu yang kejam sehinggakan berlaku kematian kepada 10 orang perwira negara. 

Ap harap pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini adalah punya kaitan dengan pengganas sulu atau pengganas lain yang berasal dari Filipina, soal keselamatan pelancong yang di culik juga harus kita bertanggungjawab kerana mereka bercuti di negara kita. Selamatkan mereka dan ketatkan lagi perairan kita walaupun sememangnya agak sukar tapi ini soal keselamatan negara, musuh bila-bila masa boleh serang. 


Petikan di bawah Apj ambil dari Sinar Harian online !! 


Pasukan keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga ketika usaha mencari seorang warga Taiwan yang diculik oleh kumpulan lelaki bersenjata Filipina menerusi laut dan udara.

Operasi mencari secara besar-besaran giat dijalankan pada masa kini.

Tiada tuntutan dibuat oleh kumpulan tersebut terhadap seorang wanita berusia 58 tahun yang dikenali sebagai An Wei Chang, lapor mStar Online.

Suaminya, Lim Min Hsu, 57, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di bahagian dada.

Kumpulan bersenjata itu tiba di resort tersebut menggunakan bot pam dan menyerang Pulau Pom-Pom, dekat perairan ini, kira-kira pukul 1 pagi tadi dan melarikan diri ke Pulau Mataking dekat selatan Filipina.

Pasukan keselamatan telah menghentikan semua laluan masuk ke negara jiran, selatan Filipina menerusi laut.

Menurut sumber, pasukan keselamatan cuba menjejaki kumpulan yang terlibat dengan insiden tembakan dan penculikan itu.

Seorang pegawai kanan enggan memberi komen mengenai operasi itu manakala beberapa sumber berkata, mereka cuba mengenal pasti sama ada kumpulan tersebut dari selatan Filipina.

APJ : NEGARA BERDAULAT 

No comments:

Post a Comment