Pages

Friday, 1 November 2013

PRK SG LIMAU !!! ANWAR KENA HALAU DENGAN PENYOKONG PAS SG LIMAU !!! #PRKSGLIMAU #BERANIHIJRAH


Rupanya cakap-cakap orang kampung di Sungai Limau yang mereka membenci Anwar Ibrahim bukan cakap-cakap kosong tetapi menjadi kenyataan apabila banyak banner protes yang telah di naikkan oleh penyokong Pas Sungai Limau. Ternyata sentimen menolak Anwar di sini makin kuat dan dendam lama kembali membara. 

Anwar Ibrahim dijangka memberi ceramah di Dulang Kechil hari ini yang di ketahui kubu kuat BN Sungai Limau. Ternyata keadaan ini menang dan memalukan Peemimpin Pakatan Rakyat yang syok sendiri itu. 







Penyokong Pas Sungai Limau tahu Anwarlah antara individu yang mengetuai team menjatuhkan Ust Azizan sebagai Menteri Besar dan Pesuruhjaya Pas Kedah. Arwah Ust.Azizan sememangnya antara pemimpin Pas yang tegas menentang cara Anwar dalam memimpin Pakatan Rakyat. 

Contohnya macam kes PEMANDU dari Pas Pusat yang dihantar oleh Presiden Pas ke Kedah, semata-mata untuk mengawal pentadbiran Allahyarham Ustaz. Semua orang tahu itu arahan dari Anwar untuk mengawal pentadbiran Allahyarham.

Tiba-tiba sekarang ni dengar cerita Anwar Ibrahim dah ada planning nak bagi ceramah menipu rakyat Sg Limau menjelang dua hari sebelum hari membuang undi pada 4 hb ni. Tak malu ke nak jejak kaki ke sini?

Seluruh rakyat Sg Limau harus tahu bahawa Allahyarham Ustaz Azizan memang tidak menyukai Anwar Ibrahim. Malahan ketika Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, Anwar orang yang selalu hentam beliau bukan sahaja secara terus, siap letak proksi lagi untuk lawan Ustaz Azizan.

Dari dahulu lagi Allahyarham Ustaz Azizan tidak suka untuk bekerjasama dengan Anwar Ibrahim sebab itu kita jarang lihat Anwar hadir ke program di Kedah ketika PAS menjadi pemerintah.

Bagi Anwar pula dia sememangnya tidak layak untuk memijak bumi Sg Limau kerana dia lah orang yang bertindak mahu menjatuhkan Ustaz Azizan dan mahu menaikkan proksinya sebagai MB jika Pakatan masih menang di Kedah tempohari.

Kat bawah ni ada video Tan Sri Zam bercerita mengenai Allahyarham Ustaz yang benci kepada Anwar.





No comments:

Post a Comment