Pages

Thursday, 21 November 2013

TERKINI MUKTAMAR PAS : PERWAKILAN PAS PUJI UMNO !!!



Perwakilan Pemuda Pas Tumpat hari ini memuji taktik UMNO dalam memikat hati remaja dan belia untuk menganggotai parti itu.

Azhar Ibrahim berkata, sebaik sahaja seseorang itu genap 18 tahun, Umno akan terus mendekati mana-mana individu untuk menyertai mereka dan semangat ini tidak ada dalam Pas.

"Kita tidak nampak perkara ini (dalam parti). Malah saya sendiri telah banyak kali bawa isu ini ke peringkat cawangan, kawasan, mahupun negeri.

"Perkara ini perlu dilakukan untuk memperkasakan parti Pas dan jangan tumpukan pada program untuk parti sahaja," katanya ketika sesi pembentangan laporan tahunan dan penyata kewangan Muktamar Dewan Pemuda Pas di sini hari ini.

Beliau menyifatkan kepimpinan pengurusan Pemuda parti berada di tahap

rendah dan mereka yang dilantik (kepimpinan baharu) nanti mampu berfikir dan merancang pembaharuan. - BERNAMA
APJ :  DALAM PARTI MANAPUN KENA ADA ORANG YANG BOLEH TEGUR , BARU PARTI ITU KUAT !! BUKAN HANYA JADI TOGHUD SAJA !!!

No comments:

Post a Comment