Pages

Tuesday, 31 December 2013

LIVE : #RPDM31D : PENYANGAK PENYANGAK BESAR DALANG HIMPUNAN DAH TURUN DI DATARAN !!!

Guling: Salahudin Ayub, Suhaizan, Chegu Bard muncul




Tiga pemimpin Pas termasuk Naib Presiden parti itu, Salahudin Ayub adalah antara pemimpin pembangkang yang dilihat muncul bersama-sama geng baju hitam yang berhimpun dan mengadakan demonstrasi di ibu negara malam ini.

Selain Salahudin ialah Ketua Pemuda Pas Pusat, Suhaizan Kaiat dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu, Dr. Zulkifli Ahmad.

LIVE #TURUN #RPDM31D : SEJUMLAH PARANG GEMPARKAN DATARAN !!!


Polis menemui empat parang panjang dan tiga pisau rambo dipercayai ada kaitan dengan rancangan pihak tertentu mengadakan perhimpunan menggulingkan kerajaan di ibu negara malam ini .

Difahamkan, senjata tersebut ditemui oleh pihak polis di laluan pejalan kaki di belakang Kompleks Daya Bumi, Jalan Sultan Hishamuddin. - UTUSAN ONLINE

LIVE : #RPDM31 PESERTA HIMPUNAN BUAT PROVOKASI DI MASJID JAMIK !! @NajibRazak



Gambar sekitar masjid jamik , peserta himpunan cuba menghalang lalulintas dan buat provokasi jam 9.26pm . Peserta dari sogo sedang bergerak ke Dataran Merdeka . 

Dibawah gambar seorang kanak-kanak yang dibawa ibu bapa ke Dataran Merdeka bagi menyertai himpunan ini. 

LIVE #RPDM31D : TUDIA PULUHAN RIBU RAKYAT TURUN BANTAH DI DATARAN !! @NajibRazak #GST


Hampir 18 ribu orang berada di masjid jamik , cuba tengok pic tu , fuhhh ramaikan sekitar am 8.30 pm . Gambar bawah ni , mamat ni geng suram , owh mai nak cari kesalahan pihak berkuasa ke bro ?? tengok badan macam tak susahpun , makan subsidi banyak kot nih !! 

Thursday, 26 December 2013

VIDEO EKSKLUSIF : PENDEDAHAN USTAZ PAS PONDOK PENDANG MENGENAI MAT SABU DAN #SYIAH !! @PDRMsia @Zahid_Hamidi

Video pendedahan oleh Ustaz Ashiq Elahi Md Desa merupakan pengasas Pondok Kobah Pendang dan merupakan Timbalan Pengerusi Gabungan Institusi Pondok, Maahad Tahfiz dan Ilmuan Sunni (GIPTIS).


PART 1

Pernah menjawat beberapa jawatan dalam PAS sebelum ini dan termasuklah pernah menjadi jawatankuasa Majlis Syura Ulama PAS Kedah.

TUDIAA !! RAFIZI PKR KENA BEDAL DENGAN MOF KAW KAW !! @ahmadmaslan @NajibRazak #GST

MoF perjelas penjualan aset kerajaan



Penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan bukanlah satu-satunya cara untuk kerajaan mengukuhkan kedudukan kewangannya, kata Kementerian Kewangan Malaysia (MoF).

Dalam Rancangan Malaysia Ke-10, kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4 peratus pada 2010 kepada 3.0 peratus pada 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada 2020.

Sasaran ini akan dicapai menerusi konsolidasi fiskal kerajaan, kata MoF sebagai membalas kenyataan yang dikeluarkan oleh Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli berhubung penjualan aset kerajaan dan pensekuritian hutang kerajaan.

Kementerian berkata penjualan tanah menerusi inisiatif pengewangan aset kerajaan bertujuan memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan persekitarannya.

"Inisiatif pengewangan aset kerajaan ini telah dilaksanakan sejak 2008.

"Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara," kata MoF dalam satu kenyataan hari ini.

Mof berkata aset kerajaan dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah.

"Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan, pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperoleh terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut.

HOT : TUKANG URUT VIETNAM TERJUN BANGUNAN, KEDAI KENA SERBU !!!



Gara-gara terlalu takut apabila premis tempatnya bekerja diserbu, seorang tukang urut wanita warga Vietnam sanggup memperjudikan nyawa dengan terjun dari tingkat dua bangunan kedai di Bandar Puteri di sini untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, tindakannya membawa malang apabila dia bukan sahaja patah tulang pinggang dan kaki malah berjaya diberkas anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang berkawal di tingkat bawah premis.

Tuesday, 24 December 2013

PANAS !! PEJABAT PERDANA MENTERI GAGAL !! @NajibRazak



Satu persatu persepsi timbul mengenai harga barang dan juga coz sara hidup yang bakal naik tahun hadapan. Ada yang disampaikan adalah benar manakala ada juga yang merupakan propaganda pihak pembangkang. Saya melihat ini menjadikan BN tidak popular dan membuatkan rakyat memberontak. Malah sudah ada desakan dari pihak pihak meminta YAB PM Dato Sri Najib Razak meletakkan jawatan.

Tak nafikan YAB PM Najib Razak sedang melakukan Tranformasi ekonomi untuk negara memandangkan US dan Eropah sudah merudum jatuh ekonomi mereka. Negara ASIA perlu mengambil peluang ini dengan membuat anjakan ekonomi agar kukuh dan menjamin negara serta rakyat untuk 3 tahun akan datang. Ini usaha Najib Razak dalam memastikan negara tidak mengalami kemelesetan ekonomi.

Masaalah nya sekarang adalah KEGAGALAN Strategi dan juga penerangan dari pihak Pejabat Perdana Menteri. PMO gagal merangka strategi penerangan yang berkesan kepada rakyat malah mereka dilihat tidak mengambil kisah apa yang dibualkan dikalangan rakyat mengenai kos sara hidup.

#GST : SUARA NGO MINTA MENTERI TURUN PADANG !! @ahmadmaslan @RameshRaoAKS @NajibRazak



Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia Ramesh Rao Krisna Naidu turut mencadangkan agar pihak kerajaan megedarkan buku kecil disetiap rmuah kerumah mengenai GST

"Saya minta Kementerian Penerangan buat penjelasan secara bulitin atau pun rumah kerumha." katanya.

Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.

Monday, 23 December 2013

409 AYAHANDA BUAT RESOLUSI JELASS TANGGUNGJAWAB



Seramai 409 Ayahanda daripada 52 NGO telah membuat ketetapan dan resolusi berhubung penggunaan gelaran Ayahanda dan memperjelas matlamat serta tanggungjawab Ayahanda sebagai pemegang amanah kepada wasiat Raja-Raja Melayu.

Pengerusi Eksekutif Yayasan Ayahanda SeMalaysia (YAS), Ayahanda Syed Husain Al Shahab berkata, resolusi tersebut mengandungi 12 perkara dan memperjelaskan secara menyeluruh mengenai takrifan Ayahanda dan pemberian gelaran yang ditetapkan melalui proses baiah dan kesahihan sanad.

“Kami mahu agensi berwajib memahami dengan jelas peranan utama Ayahanda dan gelaran ini diiktiraf serta digunakan secara rasmi oleh semua 52 NGO di bawah YAS.

BOM !! PEKAN DANOK SUNYI SEPI !! #DANOK



Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memantau perkembangan insiden pengeboman di Dannok dan Padang Besar.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam laman sosial Facebook PDRM berkata keadaan di sana terkawal dan langkah-langkah keselamatan dan pencegahan telah diambil, termasuk memperketat pemeriksaan di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand.

TUDIA !! #SeminarPena: Jelajah #GST Bermula Di Perlis/Kedah @NajibRazak @AhmadMaslan @MukhrizMahathir



Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (Seminar Pena) memulakan siri jelajahnya yang pertama hari ini, bermula di negeri Kedah dan Perlis.

Seminar ini dianjurkan oleh Sekretariat Seminar PENA dengan kerjasama Kementerian Kewangan; Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju), Jabatan Perdana Menteri dan pelbagai Jabatan serta Agensi Kerajaan.

Tujuan utama seminar ini diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang tiga (3) agenda besar ekonomi negara, iaitu:

· Bajet 2014
· Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
· Kebaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)

Seminar yang diadakan secara percuma ini memberi fokus kepada beberapa kumpulan sasaran, seperti:

1. Kalangan Politik & Pemimpin Masyarakat
2. Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs)
3. Agensi kerajaan
4. Kelompok Belia dan Siswa
5. Kelompok Swasta & GLCs

YB Datuk Ahmad Hj Maslan selaku Pengerusi Sekretariat Seminar PENA merupakan peneraju program yang julung kali diadakan ini.

Seminar ini akan diteruskan ke semua negeri di seluruh negara sehingga Februari 2014.


SEMINAR PEMERKASAAN EKONOMI NASIONAL (SEMINAR PENA)

PERINGKAT NEGERI KEDAH DAN PERLIS

TARIKH : KHAMIS, 19 Disember 2013

Wednesday, 18 December 2013

GEMPAR !! DATIN ROSMAH DI SOAL SIASAT 6 JAM DI BUKT AMAN !!!!




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ,Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi;

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya. Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama: Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Tuesday, 17 December 2013

TOKEY LANGKAWI NATURALLY MAGIKAL TAJA MAKAN DI CERAMAH AZHAR IDRUS ??? @MukhrizMahathir @NajibRazak


Panas jugak bila aku dengar-dengar Si Aznee Mansor adik kepada Azhar Mansor yang dapat projek hiburan Mega Langkawi Natulrally Magikal ni taja makan di ceramah Ostad Azhar Mansor yang akan diadakan di Langkawi pada 21 haribulan ni.

Dah la orang yang dia lantik sebagai Consultant Media Sosial menipu like pada page mereka yang dah jumlah 40 ribu lebih tu dalam masa singkat huh !! ni pi taja pulak makan di ceramah si Azhar Idrus tu .. melompat keseronokkanlah lebai-lebai Pas Langkawi ehhh !! duit projek tu dah la Kerajaan Negeri bagi ehhh kalau betul lah si tokey Langkawi Naturally Magikal ni belanja makan untuk ceramah Azhar Idrus , aku nak ucakpakan tahniah saja pada Kerajaan negeri Pas ehhh lupa dah ubah pada BN la der !! 

TERKINI : PELAKON AZEAN IRDAWATY MENINGGAL DUNIA !! AL-FATIHAH


Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

#SEAGAME13 : TAHNIAH HARIMAU MALAYA BENAM VIETNAM UNTUK KE SEPARUH AKHIR BOLASEPAK !! @Khairykj @NajibRazak


Tahniah kepada Malaysia kerana  layak ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA ke-27 selepas mengalahkan Vietnam 2-1 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan A di Stadium Zayar Thiri  petang tadi . 

Walaupun pada babak pertama Vietnam banyak menguasai perlawanan tetapi Malaysia bangkit pada babak kedua dengan mendahului 2 - 0 sebelum Vietnam berjaya menjaringkan satu gol. Malaysia akan bertemu Indonesia pada perlawanan peringkat separuh akhir 19 Disember nanti .

Teruskan sokongan kita pada skuad Harimau Muda menentang Indonesia nanti . HIDUP MALAYSIA 

Monday, 16 December 2013

ISU TOL !!! PEMUDA UMNO MINTA KERAJAAN KEMUKAKAN KAJIAN TERPERINCI !! @azwanbro @khairykj @NajibRazak



Pemuda Umno hari ini meminta kerajaan supaya mengemukakan kajian terperinci kepada umum berkenaan kenaikan kadar tol lebuh raya dan kenaikan tambang pengangkutan awam.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkata kajian merangkumi jumlah trafik, unjuran kenderaan masa hadapan dan keuntungan syarikat konsesi perlu diambil kira sebelum sebarang persetujuan kenaikan dicapai.

"Malah ada sesetengah lebuh raya yang kini bukan lagi dianggap sebagai laluan alternatif kepada pengguna malah menjadi kewajipan laluan harian mereka sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Sunday, 15 December 2013

PANAS !! RUSUHAN DI BETONG SARAWAK ???

Polis nafi ada rusuhan di Betong

Ketua Polis Daerah Betong. Deputi Superintendan Wan Zaizodin Wan Jaafar berkata keadaan dan suasana keselamatan di kawasan Betong adalah terkawal serta normal dan tiada rusuhan berlaku seperti yang disebarkan.

"Saya minta tiada lagi pihak yang cuba menyebar khabar angin kononnya ada rusuhan berlaku. Apa yang berlaku hanya andaian semata-mata," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam kejadian semalam, seorang pekerja warga Indonesia di Ladang Raja Udang, Pusa, kira-kira 300km dari sini, mati ditembak kerana menyerang polis ketika cuba ditenteramkan selepas dia mengamuk dan mencederakan rakannya.

GEMPAR !! ADA UNSUR PENIPUAN DALAM PROMOSI EVENT LANGKAWI NATURALLY MAGIKAL @MukhrizMahathir @NajibRazak

laman web yang dibuat oleh konsultan media soosial event ini tiada data dalam alexa rank walaupun dah cecah 290 ribu viewer


Aku hanya mampu tersenyum bila diberitahu bahawa web page Langkawi Naturally Magikal http://www.naturallymagical.com yang dikendalikan oleh konsultan media sosial dari Kuala Lumpur sudah mencapai viewer sebanyak 290 RIBU hanya untuk 7 artikel.Update terakhir web berkenaan pada 17 Julai 2013.

Lebih hairan apabila lawan web berkenaan tiada data trafik selepas di semak dalam alexa rangking(gambar atas).. Kepada konsultan yang mempromosikan event berkenaan dalam media soo sial, agak agaklah kalau nak menipu pun.. Kami yang sudah lama dalam dunia blog ni tahu macamana nak dapatkan trafik pembaca.


7 artikel 290 ribu viewer ??

TAHNIAH SITI NURHALIZA DAPAT CUCU PERTAMA !!! NENEK SITI ? @CTNurhaliza11




Alhamdulillah syukur pada Allah segala rezeki yang diberikan , baru-baru ni Datuk Khalid dan Datuk Siti Nurhaliza dan juga Datuk Ser Hishamuddin dan isteri telah selamat menimang cucu pertama mereka.

Bayi yang diberi nama Ayden tu merupakan hasil perkahwinan anak-anak mereka iaitu Anas dan Nasha. Apapun Apj ucapkan selamat menjadi datuk dan nenek kepada Datuk Siti, Datuk Khalid , Datuk Hisham dan isterinya .

KRONI MENIPU KERAJAAN KEDAH !! INI BARU BETUL BEB !!! @MukhrizMahathir @NajibRazak




SEBELUM ITU 29 LIKE SAJA 


KAT ATAS NI SELEPAS SEHARI 29K LIKE !! FUHH 


LEPAS SEJAM NAIK 30171 LIKE 


JAP TADI JADI 31828 LIKE 

Rupanya hebat consultant media sosial yang diupah untuk menyebarkan program MEGA Langkawi Naturally Magikal ni kan !! ya hebat menipu dengan membeli like untuk ditunjukkan kepada kerajaan Kedah kejayaan menipu mereka dalam dunia maya !!! 

Saturday, 14 December 2013

HOT !! KALAU MACAM NI PUNYA SEKSI BUKAN SAJA ADI PUTRA ,MAT SABU PUN GOYANG BEB !!!


Aku tak nak ulas panjang cerita dan kes Adi Putra dan bini orang ni , apa yang aku harap isu ni cukuplah diselesaikan cara baik !! Aib bro !! pada Suami perempuan ni sudahlah , baik kamu jaga Isteri kamu yang seksi ni !! depan Mediapun nak pakai baju nampak dada yang seksi tu huh !!! 

INI PROJEK UNTUK ORANG LUAR SAJA !! ANAK KEDAH TENGOK SAJA !!! @NajibRazak



Hebat dan lagi mantap Event yang di katakan bertaraf antarabangsa ini bakal berlangsung di Langkawi !! wahhh satu dunia panggil tu !!!! Mesti ramai yang datang beb !!! 



LABUR 18 JUTA , BUNGA API SAJA 5 JUTA !! KAYA KEDAH LA NI !!! TENAGA KERJA PANGGIL ORANG LUAQ !! IMPORT DARI KL !! ORANG KEDAH TAK RETI BUAT KERJA SEBAB TU TELAN AYAQ LIOQ SAJA !!! ANAK2 LANGKAWI HAMPA TENGOK SAJA OK , INI UNTUK KRONI DAN PENYAMUN PUNYA PROJEK SAJA !!! 

APA NAK KISAH BAZIR DUIT RAKYAT BUKAN POKET DEPA PUNYA !!!



 HARGA UNTUK BUNGA API BARU 5 JUTA BEB !!! 

Aku dah usha penipuan yang di buat oleh Consultant media sosial yang diupah oleh penganjur untuk menipu kerajaan Kedah dan orang ramai !! Sehari lalu Page mereka baru LIKE berjumlah 29 orang , hari kedua naik 29 ribu orang dan sejam selepas itu naik kepada 30 ribu orang lebih like !! aku dah tanya kawan-kawan yang aku lihat ada like di page itu , mereka menafikan telah like page itu !!! 

WAHHH BEB !! NAK MENIPU LIKE PUN AGAK-AGAK LA BEB !!!! AKU PUN BOLEH BELI LIKE TU KALAU NAK !!! NAMPAK BENAR MENIPU !!! YANG KERAJAAN PUN BODOH PERCAYA CONSULTANT MEDIA SOSIAL NI !!! HUH !!! DUIT RAKYAT KAN APA NAK KISAH !!! DUIT KEDAH NI UNTUK ORANG LUAR BUKAN UNTUK ANAK KEDAH MAHUPUN ANAK LANGKAWI !!!! 

Friday, 13 December 2013

APA DAH JADI !!! PETRONAS SUDAH DICINAKAN !! @NajibRazak




Apa kejadahnya stesen minyak Petronas Bertam, Kepala Batas lebih mengutamakan bahasa Cina berbanding bahasa Kebangsaan, bahasa Melayu.

Di mana letaknya kepentingan bahasa Melayu di mata pengurusan Petronas !!

Sudahlah di dalam urusan pentadbiran, Petronas mengutamakan bahasa Inggeris. Nak communicate pun kena berbahasa Inggeris, macamlah semua orang dalam Petronas tu warga asing. Hari ini apabila tiba sudut pengiklanan dan signboard pula, bahasa Cina dibesarkan dan bahasa Melayu seolah-olah menumpang saja dalam ruangan tersebut.

Kekesalan ini dinyatakan sendiri oleh Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican yang melihat sebuah syarikat GLC milik kerajaan Malaysia gagal mengikuti keutamaan kepada bahasa rasmi negara.

SPAD JANGAN MELAMPAU !!! @NajibRazak @AduanSPAD



12 Disember 2013

KENYATAAN MEDIA
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

KENAIKAN KADAR TAMBANG LRT

Kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung kenaikan kadar tambang Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dirasakan tidak membebankan agak janggal apabila realiti sebenarnya pasti bakal membebankan pengguna.

Warga Kuala Lumpur merupakan pengguna yang paling terbeban secara langsung akibat kenaikan kadar tambang ini. Ia tidak termasuk lagi dengan cadangan kenaikan tarif cukai pintu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kenaikan kadar elektrik (TNB) yang sudah pasti terpaksa dihadapi oleh warga kota.

KERAJAAN MELAKA TOLONG AMBIL PERHATIAN !!! @idrisharon66


Minggu lepas Apj bawa anak-anak jalan-jalan kat Melaka untuk melihat keindahan kota berSEJARAH di Melaka .. Dalam menempuh jem yang panjang di Bandar Melaka tiba-tiba anak beritahu ' Papa BERDEJARAH tu ape ? ' huh dalam hati ni apa hal pulak ni !! anak tunjuk papan tanda projek RMK-10 ni !! 

Nak tergelak dan sedih sama banyak , benda macam nipun boleh silap !! Buat malu ja . Apj harap Kerajaan Melaka ambil tindakkan cepat menukar balik papan tanda ini , jangan ambil mudah , kerana Melaka sering di datanggi pelancong baik dalam dan luar negara . 



Wednesday, 11 December 2013

TERKINI !!! JUMLAH MANGSA BANJIR DI TERENGGANU MENINGKAT !! @Shaberyc @TengkuZaihan



Jumlah mangsa banjir di Terengganu pagi ini terus meningkat manakala di Pahang berkurangan berbanding malam tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 15,677 orang daripada 3,733 keluarga berbanding 14,643 orang daripada 3,480 keluarga sebelumnya.

Di Dungun, angka mangsa banjir meningkat hampir 600 orang iaitu 3,288 orang (807 keluarga) berbanding 2,789 orang (701 keluarga) malam tadi manakala jumlah di Kemaman turut meningkat kepada 1,351 orang (384 keluarga) daripada 790 orang (245 keluarga) pada tempoh yang sama.

CANDI 11 BUKAN TEMPAT IBADAT @MukhrizMahathir



Candi 11 yang menarik perhatian banyak pihak tindakan meroboh oleh pemaju adalah tamadun yang dipercayai bertapak di Lembah Bujang seawal kurun ke-5 hingga 8 Masehi dan bukanlah tempat penyembahan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, candi itu sebaliknya hanyalah binaan yang dibuat semula pada 1974 dan boleh dibina semula di tempat lain.

“Tapak Candi 11 bukan tempat penyembahan atau ibadat semata-mata tetapi lebih kepada tamadun. Pihak berkenaan tidak perlu mendesak sangat dalam isu ini kerana kerajaan negeri juga kecewa walaupun ia kes terpencil.

“Saya tidak anggap isu ini sebagai kecil namun bukanlah gambaran pemusnahan candi yang seharusnya dipulihara,” kata Mukhriz yang menjawab pertanyaan pemberita berikutan desakan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar tapak warisan itu diwartakan segera," katanya ketika hadir menyaksikan Memorandum Persefahaman antara Persekutuan
Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) dengan Aimst University di Park Avenue Hotel, semalam.

Tuesday, 10 December 2013

#OPSBANJIR !! GEMPAR !! PENEMUAN SEEKOR LINTAH GERGASI DI KEMAMAN !!!



Kejadian banjir di Pantai Timur membawa pelbagai benda pelik , hari ini beberapa orang penduduk telah menemui seekor lintah yang agak besar dan jarang-jarang kita lihat . Lintah ini di temui di Kemaman Terengganu.
Apj turut berada di Pantai Timur dalam misi bantuan kemanusiaan kepada mangsa banjir . Apj akan update cerita terkini dari masa ke semasa.