Pages

Wednesday, 25 December 2013

HOT : TUKANG URUT VIETNAM TERJUN BANGUNAN, KEDAI KENA SERBU !!!



Gara-gara terlalu takut apabila premis tempatnya bekerja diserbu, seorang tukang urut wanita warga Vietnam sanggup memperjudikan nyawa dengan terjun dari tingkat dua bangunan kedai di Bandar Puteri di sini untuk melarikan diri.

Bagaimanapun, tindakannya membawa malang apabila dia bukan sahaja patah tulang pinggang dan kaki malah berjaya diberkas anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang berkawal di tingkat bawah premis.

Dalam serbuan bermula jam 9.30 malam, wanita terbabit pada awalnya dikatakan berpura-pura meminta izin untuk ke tandas.

Dia kemudian dipercayai memanjat tingkap tandas sebelum mengambil keputusan terjun tanpa menyangka terdapat beberapa anggota penguatkuasa membuat kawalan di tingkat bawah.

Wanita yang meraung kesakitan akibat kecederaan dialami kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan susulan. SINAR 

1 comment: