Jawapan Mustapha Ali apabila penarikan saman dilakukan UMNO beliau menyalahkan Blogger UMNO dan kenyataan tersebut dikeluarkan oleh media PAS Harakah Daily. Begitu juga dengan Tian Chua yang menafikan beliau memohon maaf kepada UMNO waaupun bersilat silat peguam UMNO menyatakan Tian Chua memohon Maaf.
Peguam UMNO Dato Hafarizan Harun bertindak mengikut pemikiran beliau yang mana tidak meminta nasihat dari pemimpin pemimpin UMNO implikasi jika penarikan saman dibuat. Inilah yang dikatakan "SYOK SENDIRI" kerana sekarang ini pihak Tian Chua dan Mustapha Ali memperolehi keuntungan politik setelah UMNO menarik balik saman yang difailkan sebelum ini.
Peguam UMNO Dato Hafarizan Harun perlu sedar bahawa beliau telah menjatuhkan maruah UMNO. Beliau juga disarankan untuk tidak mengambil apa apa tindakan ataupun keputusan selepas ini tanpa memaklumkan kepada pucuk pimpinan terutama Presiden parti Dato Sri Najib Tun Najib Razak . Implikasi sekarang Najib Razak sebagai Nakhoda UMNO di kritik walaupun beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenai penarikan saman yang difailkan itu.
Pengajaran untuk Dato Hafarizan Harun Peguam UMNO agar tidak "SYOK SENDIRI" membelakangkan pemimpin parti. - AZRI MALAY RIGHTS
MALAPETAKA YANG TERJADI SELEPAS ITU
Kita mahu membantu kerajaan terutama UMNO dalam menghadapi serangan pihak pembangkang. Kita bantu ikut kemampuan kita. Tapi jika isu seperti ini yang berlaku yang mana pihak UMNO pusat sendiri melakukan kesilapan maka kami yang menerima kesan yang paling teruk.
Apa sahaja keputusan yang hendak diambil perlulah memikirkan kesan dari sudut politik. Harus lihat dari semua sudut dan harus bijak mengambil peluang dalam percaturan peperangan politik persepsi hari ini.
Moga keculasan seperti ini tidak lagi berulang. UMNO pusat wajar ambil pengajaran.
Pegawai undang2 umno perlu peka dlm soal ini,mngkn dia kurang prihatin dgn beribu laporan polis dan demo dari NGO melayu sblm ini , mengutuk
ReplyDeletekenyataan tian chua.
penjelasanya dlm penarikkan saman seolah2 cuba nk memperbodohkan umno dan dia BUKAN SYORK SENDIRI tetapi dilihat lebih pentingkan diri dari umno, sewajarnya pengurusan umno pertimbangkan balik khidmatnya selaku pengawai undang2 dan juga suk perlu bertanggungjwp dlm soal ini, jgn cuba menikus diri, klu sblm ini dia cuba mjadi HERO dlm tindakkan saman, perlu ada sikap tggjwp dlm penarikkan saman.