Perjuangan selama lebih 20 tahun penduduk Tanjung Karang terhadap cadangan pihak yang mahu membina sebuah Gereja di kawasan majoriti 90% Islam akhirnya hancur kerana ia telah mendapat kelulusan Menteri Besar Selangor.
Majlis pecah tanah membina Gereja ni telah disempurnakan oleh MB sendiri dan di hadiri oleh Teressa Kok yang diketahui begitu kuat mempertahankan Kristian.
Kawasan ini sebenarnya mempunyai 20 orang lebih sahaja orang kristian dan 90% Islam dan Gereja ini dibina hanya 500 meter dari Masjid Arraudah . Jadi di mana rasionalnya pembinaan di kawasan ini dengan majoriti penduduknya Islam dan pembinaannya begitu dekat dengan Masjid tempat orang Islam beribadah.
Inilah bila politik dikuasai oleh orang kristian walaupun MBnya Islam tapi hanya menjadi boneka kepada Dap yang kebanyakkannya penganut kristian. Pas Selangor pula sudah hilang taring dan tersentot telurnya dek takut hilang kuasa kerana politik , perjuangan Islam Pas hanya tinggal kenangan yang ada hanya perjuangan mempertahankan kuasa dunia !! lebai atas kepala hanya untuk membodohkan puak-puak bawahan.
Menteri Besar boneka Dap ini baru-baru ini telah mangarahkan JAIS memulangkan Bible versi Melayu . Aku letakkan sedikit cebisan di dalam Bible versi Melayu yang di agungkan Pas dan Mb Selangor ni.
Lihatlah bagaimana liciknya Kristian menyebarkan agamanya kepada penganut agama lain terutama Islam. Dengan kuasa yang di miliki Dap sekarang , mereka mudah menekan kerajaan yang dikuasai mereka untuk membuat keputusan , misinya mudah , kuasa politik menangkan ajaran mereka , kerana jika berperang mereka belum pasti menang menentang Islam.
Dengan adanya Bible versi Melayu ini, target mereka bukan orang dewasa tetapi generasi Islam akan datang , anak cucu kita , anak cucu kita akan keliru dan antara kefahaman mereka adalah datang dari bahan bacaan dari buku atau internet yang teknologinya makin canggih.
Dapatkah kita halang perkara ini dari meresapi anak cucu kita , kita akan dipersalahkan kerana tidak menentang waktu sekarang.
Apj nampak perkara ini terlalu meruncing tatkala kuasa politik Melayu Islam makin terhakis dek kerana faktor pepecahan dari bangsa Melayu sendiri.
Kita harus bangun dan buang ideologi politik demi menyelamatkan Agama kita , anak-anak cucu kita dan tanah Melayu kita .
Wallahualam.
Allah maha kuasa
ReplyDeleteAllah maha kuasa
ReplyDelete