Pages

Friday, 28 February 2014

MANTAP !!! BERITA BAIK UNTUK RAKYAT KEDAH ESOK !!!! TERIMA KASIH PM @Najibrazak DAN MB @mukhrizmahathir #PR1MA




Ayuh esok kita ke Majlis Pelancaran PR1MA Peringkat Negeri Kedah & Majlis Pecah Tanah Di Sungai Petani yang akan di rasmikan YAB DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia dan YAB DS Mukhriz Tun Mahathir di Bandar Utama, Jalan Sidam Kiri, Sungai Petani.

Majlis akan bermula pada pukul 2.30 petang.

Terdapat 1349 unit rumah PR1MA akan dibina di Sidam Kiri menanti anda. Selain itu pihak PR1MA juga menyediakan kemudahan mendaftar rumah PR1MA di tapak majlis.

TUDIAA !!! ANWAR TIBAI SAIFUDDIN KAW KAW LEPAS SAIFUDDIN SONDOL ANWAR !!!


Setiausaha agung PKR meluahkan rasa kecewa terhadap Anwar Ibrahim yang dikatakan telah gagal untuk menjadikan anak anak Ketua Pembangkang tersebut untuk menjadi diantara 10 paling kaya dalam Malaysia.



Saifuddin menyifatkan bahawa Anwar lemah dalam perkara tersebut kerana tidak mampu untuk mengangkat anak beliau.

Kalau diikutkan apa yang Saifuddin kata ni aku yakin bahaya anak-anak Anwar ni sememangnya kaya raya tapi belum setaraf atau sekaya Tun Daim dan belum layak menjadi top 10 paling kaya di Malaysia .

Tapi Saifuddin sedar tak yang Anwar telah berjaya mengayakan bapa dan adik beradik beliau semasa beliau menjadi Menteri dulu? Mungkin Saifuddin lupa agaknya atau sengaja buat lupa jadi kekecewaan Saifuddin kerana Anwar tidak mampu untuk menjadikan diri beliau sekaya Tun Daim dan anak anak beliau dalam 10 orang paling kaya di Malaysia adalah satu kesilapan.

Dan Saifuddin juga mengatakan bahawa Anwar tidak dapat menjadikan dirinya sekaya Tun Daim, ini juga bermakna Anwar sememangnya kaya cuma menurut Saifuddin, Anwar tidak sekaya Tun Daim.

Semua orang tahu yang Tun Daim sememangnya kaya raya cuma baru baru ini tidak tersenarai sebagai orang paling kaya di Malaysia dan nama beliau tidak disenaraikan.

Mungkin juga ada sebab yang membuatkan Tun Daim tidak tersenarai sebagai orang paling kaya dan perkara itu tidak dapat dikesan oleh sesiapa.

Tapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Saifuddin jelas menunjukkan bahawa Anwar serta keluarga beliau kaya tetapi tidak mampu menempatkan nama sebagai 10 orang terkaya dan begitu juga dengan Anwar yang mana kekayaan beliau tidak dapat menandingi kekayaan Tun Daim. - sangkakalajari9
Apj : kalau aku kaya ..... ya ya ya ya ... 

VIDEO PANAS !!! ITU BUKAN SAYA DAN SAYA BUKAN ANWAR !! ANWAR ADALAH PAPA GOMO !!!




alt

Wan Azri : Keputusan Sudah Dijangka, Mahkamah Berat Sebelah

KUALA LUMPUR 28 Feb - Ketua Pegawai Eksekutif KLPOS Media Production Sdn Bhd Wan Muhammad Azri Wan Deris menyatakan tidak terkejut dan sudah menjangka dengan keputusan mahkamah mengarahkan beliau membayar RM800,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wan Azri berkata, sejak dari mula perbicaraan lagi hakim yang mengadili kes tersebut sudah dilihat berat sebelah dan sering tidak mengendahkan tuntutan pihak defendan.

"Sebenarnya memang dan dijangka saya akan kalah, kerana sejak mula lagi pihak mahkamah dilihat berat sebelah dengan tidak membenarkan pihak defendan mempertikaikan kenyataan saksi pertama, Mohamad Fauzi di mana kenyataan saksi tersebut di empat mahkamah sebelum ini bercanggah," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini.

Sementara itu, Azri terus menafikan bahawa beliau merupkan pengendali blog kontroversi PapaGomo.com kerana baginya pihak defendan masih tidak mampu membuktikan dengan jelas bahawa beliau penulis blog kontroversi itu.

MELAMPAU !! DATIN ROSMAH DI FITNAH LAGI OLEH PUAK PELAMPAU !!!! @NajibRazak


Jijik Apj baca artikel fitnah yang teramat oleh HARAKAHDAILY tadi , tak habis-habis menfitnah Isteri Perdana Menteri , Datin Seri Rosmah Mansor. Kenyataan Datin Rosmah telah di putarbelitkan oleh mereka supaya rakyat membenci beliau !! sangat JIJIK puak pembangkang ni !! nak jadi pembangkangpun jadilah pembangkang yang bertamadun dan berakal !!! 

Harakah telah menyatakan yang Datin Seri Rosmah mengeluh kerana tidak ada masa untuk dirinya terutama hobinya bermain badminton padahal Datin Seri Rosmah telah menjalankan tugasnya sebagai Isteri Perdana Menteri dengan baik dan cemerlang bagi membantu rakyat terutamanya kaum wanita dan kanak-kanak yang susah !! 

APA YANG ISTERI PUAK PEMBANGKANG DAPAT BILA DUDUK DI RUMAH  ??? 

Duduk rumah rehat , jaga rumahtangga saja ??? ha baru kenakan ??? 


1 - Pemimpin Pertama PR yang isteri duduk di rumah 



2 - Pemimpin kedua PR yang tinggalkan Isteri di rumah 



3 - Pemimpin ke 3 PR yang tinggalkan Isteri-isteri di rumah 

Monday, 24 February 2014

HOT NEWS !!! ANWAR LARI LINTANG PUKANG BILA LIHAT KEBANGKITAN MCA !!! #PRKKajang #kajang



Keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA untuk membenarkan anggota parti menerima jawatan kerajaan di semua peringkat merupakan keputusan tepat bagi mengembalikan semula keyakinan masyarakat Cina terhadap parti itu.

Para penganalisis politik melihat keputusan yang dicapai menerusi undi hampir semua 1,982 anggota perwakilan pada mesyuarat semalam, merupakan anjakan paradigma MCA bagi kesinambungan survival parti komponen BN itu, selepas mengalami kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Pada mesyuarat itu, hanya lima membantah manakala empat lagi enggan mengundi, sekali gus mengubah resolusi yang diputuskan pada Perhimpunan Agung parti tahun 2011 untuk MCA tidak menerima sebarang jawatan kerajaan jika gagal pada PRU ke-13.

Penganalisis politik yang juga Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Dr Azmi Hassan berkata, tindakan itu tidak boleh dianggap sebagai membuat 'pusingan-u' kerana keputusan terbabit dibuat oleh barisan kepimpinan baharu parti, berbeza dengan barisan yang membuat resolusi pada 2011.

Beliau berkata: "MCA perlu mempunyai suara dalam kabinet, kerana tanpa perwakilan parti di situ, tangan mereka terikat... memang mereka memerlukan suara dalam Kabinet."

"Buat masa ini, jawatan menteri pengangkutan masih kosong. Keutamaan bukan pada jawatan apa yang diisi, namun pada kehadiran wakil dalam Kabinet," kata Azmi, hari ini.

PANAS !!!! SAM KETOT PENFITNAH PALING JIJIK SELEPAS MENFITNAH TUN DAIM !!!!



Tak habis-habis budak ketot ni nak fitnah Tun Daim , Katanya Tun Daim tidak tersenarai atau dikecualikan daripada tersenarai dalam antara orang terkaya di Malaysia , sikap manusia belaan Anwar ini tidak ubah seperti beruk yang suka melompat-lompat .

Bagi aku tidak kisah sama ada Tun Daim tersenarai atau tidak kerana apa yang beliau lalukan selama ini dalam mebantu rakyat dan negara tidak ternilai ertinya !! Walaupun di ketahui Tun Daim adalah salah seorng yang paling kaya di Malaysia. Kepintaran Tun Daim membantu Malaysia dan menaikkan ekonomi Malaysia sejak sekian lama . 

Aku Nasihatkan SAM Ketot ni tak payahlah duk bising kerana apa sangat yang kamu bantu negara ini selain dari demontrasi dan ceramah saja !! 


10 orang terkaya di Malaysia tahun 2014:

1. Tan Sri Robert Kuok


-hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong, kekal individu paling kaya, memiliki kekayaan RM54.48b

2. T Ananda Krishnan

-ahli perniagaan, memiliki kekayaan RM33.19b

3. Tan Sri Teh Hong Piow

-tokoh perbankan Public Bank, memiliki kekayaan RM18.07b

4. Tan Sri Quek Leng Chan

-Hong Leong Group, memiliki kekayaan RM14.11b

5. Tan Sri Lee Shin Cheng

-101 groups, memiliki kekayaan RM13.12b

6. Tan Sri Syed Mokhtar

-memiliki yayasan Bukhary, memiliki kekayaan RM11.07b

7. Tan Sri Lim Kok Thay

-kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM9.43b

8. Puan Seri Lee Kim Hua

-kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM7.47b

9. Datuk Mokhzani Mahathir

-Naib Pengerusi Eksekutif SapuraKenchana Petroleum, memiliki kekayaan RM4.22b

10. Tan Sri Azman Hashim
-pemilik Arab-Malaysia Corp, memiliki kekayaan RM4.11b

Sumber: BeritaHarian


Memasing dengan aset bernilai berbilion-bilion. Di sebalik kisah kekayaan mereka, pasti terselit banyak pengorbanan dan kisah kebangkitan mereka. Moga kita jadikan kisah kejayaan mereka iaitu 10 orang terkaya di Malaysia ni sebagai inspirasi kita dalam mengejar impian dan cita-cita.


ALAMAK TOK GURU HADI AWANG KENA BAYAR SAMAN 2 JUTA TUDIAAAA !!!



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diperintahkan mahkamah membayar ganti rugi sebanyak RM2 juta kepada bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, berhubung kes saman fitnah.

Perintah penghakiman ingkar itu dikeluarkan semalam, selepas Abdul hadi gagal memasukkan kehadiran bagi menjawab saman yang difailkan terhadapnya pada 5 Disember lalu.

HOT NEWS !! UMNO DAN PAS BAKAL BERSATU DI PUTRAJAYA ATAS SATU PEGANGAN IAITU ISLAM ?? #SelawatPerdana




Salam buat semua pembaca sama ada dari kalangan penyokong kerajaan atau penyokong pembangkang terutama mereka yang beragama Islam tak kita berbangsa Melayu atau bukan bangsa melayu. Buat seketika kita letakkan perbezaan pendapat dan idealogi politik ke tepi buat sebentar. Marilah kita lakukannya atas nama agama yang kita sanjung iaitu Islam dan kita lakukannya kerana sayangnya kita kepada nabi junjungan kira Rasullullah swt.


Kini sekali lagi Putrajaya bakal digemakan dengan alunan bacaan selawat dan qasidah sempena progam Selawat Perdana bersama dua tokoh qasidah terkenal iaitu Habib Syech Qader Asseqaf dan Habib Ali Zaenal. Majlis selawat dan zikir yang diberi nama Selawat Perdana "Malam Cinta Allah dan Rasul 1435" akan diadakan di Dataran Masjid Putrajaya Precint 1 pada 21hb March 2014 bersamaan hari Jumaat.

وَلِكُلٍّ وِجْهَةٌ هُوَ مُوَلِّيهَا فَاسْتَبِقُواْ الْخَيْرَاتِ أَيْنَ مَا تَكُونُواْ يَأْتِ بِكُمُ اللّهُ جَمِيعًا إِنَّ اللّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya : "Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu." ( Surah Al Baqarah ayat 148 )



Atas rasa sayangkan agama iaitu Islam adalah dirayu kepada semua yang membaca artikel ini agar sama-sama membantu mempromosikan dan jika punya kelapangan untuk hadir sama ke majlis agama seperti ini.


Ikuti info terkini mengenai program Selawat Perdana melalui :


Facebook : https://www.facebook.com/selawatperdana
Instagram : @SelawatPerdana

Saturday, 22 February 2014

GEMPAR !! ADA YANG SERONOK MALAYSIA AIRLINES RUGI ?? APAKAH INI !! #MAS



Makin lama makin pelik pulak bila syarikat penerbangan kerajaan Malaysia iaitu, Malaysia Airlines (MAS) terpaksa menanggung kerugian dalam empat suku berturut-turut pada tahun 2013. Untuk pengetahuan pembaca, Kerugian pada tahun 2013 adalah sehingga 3 kali ganda kerugian berbanding pada tahun 2012 yang mencapai kerugian sebanyak RM433 juta.

Hal ini telah diumumkan sendiri oleh CEO MAS, Encik Ahmad Jauhari Yahya (SINI)..




Apa yang lawaknya ialah CEO MAS menafikan kesalahan syarikat mereka sendiri dan cuba menyalahkan kerajaan? Memang matawang dan minyak tidak menentu dan mempengaruhi. Tetapi sebagai CEO yang bertanggung jawab, apakah beliau tak sedar akan keadaan tu?

Pada tahun 2013, MAS memperoleh hasil sebanyak 15.1 bilion ringgit, meningkat 10 % berbanding 2012. Bilangan penumpang juga meningkat hampir 30 %. Tetapi perbelanjaan penerbangan naik 10% kepada 14.9 bilion ringit di tengah-tengah harga bahan api yang tinggi. - Ahmad Jauhari Yahya, CEO

#PRKKajang !! CHEW MEI FUN BIKIN ANWAR MENGGELETAR !!! #Kajang


Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun bakal diumumkan sebagai calon Barisan Nasional untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengumuman mengenai perkara itu akan dibuat kira-kira pukul 2 petang Jumaat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat pengumuman itu pada sidang media di Menara Daton Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Difahamkan Chew telah mendapat persetujuan daripada MCA dan parti komponen BN yang lain sebagai calon di kerusi tersebut.

Chew membuat kemunculan semula selepas berehat selama tiga tahun apabila memenangi salah satu daripada empat kerusi Naib Presiden pada pemilihan parti itu 21 Disember tahun lalu.

Friday, 21 February 2014

HOT NEWS !! AIR KEDAH MAMPU BERTAHAN SELAMA 3 TAHUN !!! (VIDEO ) @MukhrizMahathir #KedahAmanMakmur





Kedah tidak menghadapi krisis air yang kritikal kerana tiga empangan di negeri ini mempunyai kapasiti lebih 1,000 juta meter padu air dan cukup untuk menampung kegunaan domestik dan pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata tiga empangan di Padang Terap iaitu Empangan Pedu mempunyai air sebanyak 773 juta meter padu atau 72 peratus.

Beliau berkata Empangan Ahning pula mencatatkan jumlah takungan air sebanyak 163 juta meter padu atau 67.43 peratus, manakala Empangan Muda pula mencatatkan 74 juta meter padu air.

Thursday, 20 February 2014

GEMPAR !! AKSI HONDA CIVIC TERBANG KE LAUT DI KOTA KINABALU !!!


Sebuah kereta jenis Honda Civic terhumban dalam laut di Jalan Tun Fuad Stephen ditarik keluar dari laut oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat di Kota Kinabalu - BH 
 


GEMPAR !! ARTIS CUN AINAN TASNEEM KEMALANGAN JALANRAYA MALAM TADI


Penyanyi yang popular dengan lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem, cedera selepas kereta dinaikinya terbabit kemalangan di Sungai Batu Pahat, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Difahamkan, kereta yang dinaiki Ainan yang juga penuntut Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bersama tiga rakannya dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke longkang.

Semua mangsa yang cedera ringan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini untuk rawatan. BH


Keadaan kenderaan yang di naiki Ainan Tasneen dan rakannya 


Tuesday, 18 February 2014

GEMPAR !!! ADUN PAS MAUT JATUH KAPAL TERBANG !!!

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.

Dr. Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas memaparkan status itu dalam laman sosial Twitter miliknya @syedazman dengan mendakwa pesawat Air Asia AK5110 yang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas sebentar tadi.

Beliau yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, ‘Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb’.

Postingnya itu kemudian mendapat maklum balas daripada pengikutnya, antara lain @AzizLaikar membidas tindakan Dr Syed Azman dengan mengatakan, apa yang dipaparkan oleh wakil rakyat Pas itu tidak betul.



Menurut @AzizLaikar, berita itu sebenarnya tidak betul. Kami berada di airport (lapangan terbang) dan tidak ada pun kejadian sebegini berlaku.

Monday, 17 February 2014

GEMPAR !! AKSI2 TELANJANG PUAK NUAR DI KAJANG !! BODOH !!! #prkkajang #kajang



Subhanallah .... Nak menipu dan fitnahpun bagilah nampak macam real sikit , ini orang semua sudah tau Anwar duk masuk Kristian .. Ehhh masuk gereja kat Kajang tu demi kejar undi orang Kristian. 

Yang puak ternakkan Anwar ni duk kalut edit gambar tu letak kepala DS Najib demi untuk menunjukkan yang Perdana Menteri pergi gereja tu bukan Anwar .. Bodoh mcm Anwar ...


Tu nampak banner tu tulis apa ?? Najib ka yang duk pejuang reformasi ??? 

Rakyat la ni dah celek IT cek oiii .. Sudah-sudah la duk fitnah orang .. Ingat di berat dosa fitnah tu der ... 

HOT NEWS: SIAPA LAGI BOLEH BANTU EKONOMI PENIAGA MELAYU ISLAM SELAIN DARI KITA !! BANGUNLAH !!! #JihadEkonomi



Isu-isu Melayu Islam antara perkara yang hangat dibahaskan ketika Perhimpunan Agung UMNO 2013. Jika diperhatikan kuasa ekonomi orang Islam di negara kita jauh ketinggalan berbanding golongan bukan Islam.

Walaupun kerajaan memperkenalkan agenda untuk memperkasakan ekonomi kaum bumiputera, ia tidak mampu direalisasikan tanpa kesedaran dalam diri kaum Melayu Islam itu sendiri.

Selain itu kebimbangan kaum Melayu Islam terhadap status halal produk-produk keluaran bukan islam kebelakangan memperlihatkan betapa pentingnya kaum Melayu Islam diberi kesedaran mengenai kuasa mereka selaku pembeli dan pengguna.

Kesedaran dalam diri masyarakat Melayu Islam perlu dipupuk mulai sekarang dan ia dilihat penting bagi memastikan kuasa ekonomi Melayu Islam dipertingkatkan, kaedah mendahulukan produk keluaran peniaga Melayu Islam perlu ada dalam diri kita umat Islam.

Ia sekaligus membantu meletakkan ekonomi orang Melayu Islam duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan ekonomi kaum bukan Melayu.



Justeru, sebagai pembeli dan pengguna kita perlu melakukan jihad ekonomi dengan mendahulukan produk keluaran peniaga Melayu Islam setiap kali mencari barang-barang keperluan harian.

Senarai peniaga-peniaga Melayu Islam dan produk keluaran mereka boleh diperolehi melalui laman Facebook - Kuasa Pembeli Pengguna Melayu Islam



Bersama kita membantu dan memberi sokongan dengan 'Buy Muslim Products First' bagi membantu ekonomi peniaga Melayu Islam


[KLIK SINI]  

Friday, 14 February 2014

TUDIAA !! ZAID BRAHIM NAK LAWAN ANWAR DI KAJANG !! MAIN GELI2 KE NIH !!! #Kajang #prkkajang



Aku geli hati tengok mamat Zaid Ibrahim ni  , sejak kawan dengan Anwar tu diapun dah jadi gila macam anwar .

Katanya dalam Twitter nak tanding di Kajang lawan Nuar Brahim untuk hadiah Velentine untuk Isterinya ..  Wowww VELENTINE tu beb !!

Aku cuma nak nasihatkan Zaid Brahim ni bawa-bawalah bini tu pi dengar Tilawah Al-Quran ke ceramah Agama ke ... INI nak sambut dan hadiahkan sesuatu MASA VELENTINE .. Huh Hari Valentine ni puak kapir Kristian ja sambut .  .. Opsss sahabatnya si nuar tupun apa bedanya .. Sama saja perangai ..


Thursday, 13 February 2014

AKHIRNYA TERESSA COCK TERKANTOI SCANDAL SENDIRI !!! SI BETINA RASIS !! #DAPRASIS


Dulu kita tak pernah dengar pun nama si Teresa Kok ni. Malah kita pun tak tahu siapa sebenarnya Teresa Kok, hinggalah dia mula mempertikaikan perkara yang berkaitan dengan Islam dan Melayu.

Bermula dengan pertikaian tulisan jawi di papan tanda jalan, kemudian mempertikaikan laungan azan di kawasan Seputeh, katanya menganggu, lepas tu mempertikaikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia, paling baru dan paling hangat, video celaka Chinese New Year yang menghina melayu dengan panggilan 'melayu pergi mati'!




Kita hanya kenal Teresa sebagai cina rasis yang tidak hormati agama Islam dan bangsa melayu, walaupun Teresa hina Islam dan melayu, namun masih ramai melayu Pas dan Pkr sanggup jadi lembu dan anjingnya.

Tapi dalam segi kerja, kita tak nampak Teresa ada buat kesalahan atau salahguna kuasa. Teresa mengunakan IMEJ BERSIH dan berintegriti hebat memaparkan dirinya yang kononnya BERSIH!

Kononnya dia telah menjadi ahli politik yang bersih. Tapi adakah anda tahu dia mempunyai proksi selama ini? Khalid Gagap sendiri telah membangkitkan perkara proksi sebelum PRU13. Inilah punca yang menyebabkan dia tidak dibenarkan bertanding di negeri Selangor. Dalam bab ini, saya akan mendedahkan salah satu penyelewengan dan rasuah yang dibuat oleh Teresa KOK. Perkara ini berkaitan dengan projek yang dianugerahkan kepada sebuah syarikat asing bernilai RM1 bil pada 2 bidang tanah di Dengkil dan Kuala Kubu Bahru yang terletak di Sepang dan daerah Hulu Selangor.

Yayasan Selangor memiliki 2 sebidang tanah di Dengkil di bawah daerah Sepang dan Kuala Kubu Bahru di bawah daerah Hulu Selangor. Tanah di Dengkil, Sdn. 39693 dengan saiz 15.17 ekar disewa kepada sekolah agama swasta dengan yuran RM25k/sebulan. Tanah di Kuala Kubu Bahru, Sdn. 521 disewakan kepada PLKN ( Pusat Latihan Khidmat Negara ) terdiri daripada 2 kem di atasnya dengan bayaran sebanyak RM700k yang merupakan penyumbang / pendapatan untuk Yayasan Selangor. Kedua-dua tanah itu saiznya kira-kira 40 hingga 50 ekar.

ISU PANAS !!! PAS KEDAH TERKEDU PEMUDA UMNO SAHUT CABARAN LAPOR SPRM ISU SELEWENG BALAK PAS KEDAH !!!



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Dato Shaiful Hazizy Abidin bersama AJK Pergerakan Pemuda UMNO negeri yang lain, menghantar memorandum kepada SPRM supaya lebih pantas menjalankan siasatan keatas kes penyelewengan yang dilakukan oleh Kedah Corp anak syarikat PMBKed (Perbadanan Menteri Besar Kedah) di zaman Pas dahulu.

Bayangkanlah, dah 4 tahun SPRM siasat, masih tak tahu punca. Belum lagi dakwa dimahkamah! Kalau masuk mahkamah, mau 10 tahun kes ni dok tangguh-tangguh.

Isu Papua New Guinea ni ia melibatkan kerugian rm13.49 juta! Bukan kes kecik ni..

Untuk keterangan lebih jelas, baca memo yang dihantar.

Monday, 10 February 2014

MELAMPAU !!! BUKTI PAS KEDAH KANTOI MENFITNAH !!! SUBHANALLAH !!!


Dalam niat memburukkan apapun yang Kerajaan BN Kedah buat , Pas sanggup menipu dan menfitnah Kerajaan pimpinan Dato Seri Mukhriz Mahathir. 

Poster di atas telah di edit oleh puak penfitnah Pas mengenai program Mahabbatur Rasul , Kedah Berselawat .

Poster diatas menunjukkan Penfitnah Pas menambah gambar isteri Dato Seri Mukhriz. Kita ketahui Isteri Menteri Besar Kedah ini jarang ke majlis-majlis kerajaan negeri. 


Ini Poster sebenar yang dibuat bagi mempromosi majlis Mahabbatur Rasul . Nampak sangat puak Pas kaki fitnah dan putar belit cerita. 


ANALISIS KLOUT SCORE : PEMIMPIN PR TUNJUK MEREKA LAGI BAGUS DARI PEMIMPIN BN #PRKKajang #SyokSendiri


Analisis hashtag #PRKKajang pada 6 Februari 2014 - TIADA pemimpin UMNO/BN. Tiada juga pemimpin PR kerana ramai yang memberi tumpuan kepada #Kajang.



Analisis hashtag #PRKKajang pada 7 Februari 2014 - Masih TIADA pemimpin UMNO/BN. Tetapi ada pemimpin PR.


Analisis hashtag #Kajang pada 6 Februari 2014 - Ramai pemimpin PR. TIADA pemimpin UMNO/BN. 

HOT !! SIAPA LAYAK GANTI WAYTHAMOORTHY ??? @NajibRazak

 

Aku dah agak , semasa pelantikkan Pengerusi Hindraf ni sebagai Senator dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah satu kesilapan dahulu, kita boleh sekarang apa dah jadi, cukuplah selama ini pemimpin Hindraf ini mengugut kerajaan dengan pelbagai perkara. 

Apa yang kita harap semua hancur , kita mahu melihat bangsa India bersatu , bukannya pecah belah , sikap pemimpin Hindraf ni mementingkan diri sendiri dan menekan kerajaan dengan pelbagai benda tidak masuk akal lansung tidak membantu membangunkkan dan memartabatkan bangsa India. 

Hanya tempoh lapan bulan dia sudah buat perangai lama dan meletak jawatan yang diberikan tanpa membawa perubahan langsung dalam masyarakat India. Aku harap kerajaan tidak salah memilih lagi selepas ini. 

Banyak lagi yang boleh kerajaan pilih yang betul-betul mahu membangunkan dan membantu masyarakat India. Tidaktugi langsung kerajaan membiarkan pengerusi Hindraf ini pergi dari kerajaan. Aku berikan contoh terbaik salah seorang aktivis kaum India yang banyak membantu dan mempertahankan hak orang India dalam NGO. 


Saudara Ramesh Rao adalah Pengerusi Pertubuhan Minda dan Sosial , suaranya sememangnya tegas dalam satu-satu perkara , tak kira apa isu termasuk isu kerajaan mahupun pembangkang , beliau bersama pengikutnya bingkas bangun membidas atau memberi pandangan. 

Saturday, 8 February 2014

TUDIAA !! PINTU NERAKA DI BILIK TIDUR TERESSA COCK !!!



Sekali geli bulu ketiak aku bila tengok si Teressa Cock ni pi buat report polis kononnya beliau di ugut dan diganggu setelah video bangapnya tu mendapat bantahan keras dari rakyat Malaysia tak kira Melayu, cina dan india waktu ni.

Dalam video bangap Teressa tu kononnya kejadian di Sabah adalah lakonan antara Polis, tentera , lanun dan rakyat filipina.


Ternyata sikap menanggap Polis ni anjing kerajaan memakan dirinya kembali apabila dia dan puak-puak pakatan dua tiga kerat tu pegi buat laporan Polis berhubung dia diganggu.

Friday, 7 February 2014

MAK DATUK GANASNYA FAEKAH MENGAMOK DEKAT PUAK PR KAKI FITNAH !!

Tak habis-habis insan kesayangan Menteri Besar Selangor ni duk bertempur dengan musuhnya dalam pakatan sendiri.


Baru-baru ni  dia menunjukkan kematangan berpolitik apabila menempelak puak PR yang duduk fitnah Umno . Terbaiklah Faekah , yang benar dikata benar dan yang tidak benar dikatakan tidak benar.

Thursday, 6 February 2014

GEMPAR !!! PAS KATA UNDI ANWAR UMPAMA MENEMPAH BILIK NERAKA !!! TUDIAAA


' Dolu-dolu aku benci Anwar tapi kini Anwar kesayanganku' he he . Aku geli hati bila terjumpa kenyataan Akbar yang dikeluarkan Harakah dulu . Baca tajuk sudah menunjukkan betapa Pas sangat membenci Anwar . 

Masa tu Pas anggap Anwar umpama ahli neraka tetap . Tetapi itu dulu , la ni Anwar dah bertaubat dalam Pakatan dan dah jadi Ahli Syuga Pas. 

Apa saja yang Anwar buat walaupun sondol China doll , sondol bontot orang dan macam-macam lagi Pas tetap anggap Anwar suci secucinya .. Hehhe 

MENGULIT KENANGAN DOLU-DOLU 


Tuesday, 4 February 2014

SAYA MANA ADA KELUAR PKR !! SIAPA PUNYA KERJA NI !!!


Adun Hutan Melintang Yb. Kesavan sebentar tadi menafikan bahawa beliau telah keluar dari Pakatan Rakyat. 

Petang tadi kecoh di media sosial mengenai satu Surat yang di hantar kepada Speaker Dun mengenai peletakkan jawatan Adun PKR ini.

Penafian ini menutup semua teka teki dan kerisauan penyokong PR mengenai berita keluar Parti oleh Yb. Kesaven . 

GEMPAR !! ADUN PKR PERAK UMUM KELUAR PARTI HARI INI !!!!


Adun N54 Perak , Yb Kesavan A/L Subramaniam hari ini telah membuat kejutan dengan keluar dari Parti Keadilan Rakyat PKR. 

Seorang demi seorang Yb dari PKR umum letak jawatan bukti bahawa parti ini menanti kehancuran . 

Kejutan ini pasti memberi kesan kepada Anwar yang akan bertanding di PRK Kajang nanti.


HOT NEWS !!! TARIKH PENGUNDIAN BARU DI UMUM !!! #UNDI



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand dijangka menetapkan pada Khamis tarikh bagi pengundi yang tidak dapat mengundi dalam pilihan raya umum semalam serta mereka yang mendaftar dalam pengundian awal pada 26 Jan lepas.

Pengundian awal itu di kebanyakan kawasan dan hampir 11 peratus dari pusat pengundian dalam pilihan raya umum semalam dibatalkan akibat gangguan oleh demontrasi anti-kerajaan di samping ketidakhadiran pegawai-pegawai di pusat mengundi.

Pesuruhajaya SPR Somchai Srithiyakorn, berkata mesyuarat suruhanjaya Khamis ini akan membincangkan isu pengundian dan akan mengumumkan tarikh baharu pengundian itu.

Beliau berkata pengundian baharu tidak dapat diadakan dalam tempoh tujuh hari sebagaimana diminta oleh sesetengah ahli politik oleh kerana SPR mempunyai banyak urusan untuk diselesaikan.