Pages

Thursday, 13 February 2014

ISU PANAS !!! PAS KEDAH TERKEDU PEMUDA UMNO SAHUT CABARAN LAPOR SPRM ISU SELEWENG BALAK PAS KEDAH !!!



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah, Dato Shaiful Hazizy Abidin bersama AJK Pergerakan Pemuda UMNO negeri yang lain, menghantar memorandum kepada SPRM supaya lebih pantas menjalankan siasatan keatas kes penyelewengan yang dilakukan oleh Kedah Corp anak syarikat PMBKed (Perbadanan Menteri Besar Kedah) di zaman Pas dahulu.

Bayangkanlah, dah 4 tahun SPRM siasat, masih tak tahu punca. Belum lagi dakwa dimahkamah! Kalau masuk mahkamah, mau 10 tahun kes ni dok tangguh-tangguh.

Isu Papua New Guinea ni ia melibatkan kerugian rm13.49 juta! Bukan kes kecik ni..

Untuk keterangan lebih jelas, baca memo yang dihantar.



Bagi Apj , isu besar seperti ini tidak sepatutnya SPRM ambil masa yang lama sampai bertahun-tahun lamanya kerana ini melibatkan wang rakyat.

Pemuda Umno Kedah mengambil langkah yang tepat dengan mendesak SPRM mempercepatkan siasatan isu seleweng balak zaman Kerajaan Pas Kedah dahulu. 

Dengan menyahut cabaran Mahfuz Omar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah yang meminta kita mendedahkan isu balak Papua New Guinea ini.

Gerakkan Kedah dahulu telah mendedahkan mengenai kes ini selepas laporan audit menyatakan satu kerugian besar mengenai pelaburan balak di Papua New Guinea 

Kita akan terus mendedahkan semua bukti salah guna dan seleweng yang dibuat oleh Pas Kedah dahulu.

No comments:

Post a Comment