Pages

Friday, 21 March 2014

HOT #PRKKAJANG : AZWAN BRO BALUN PR KAW KAW !! PR HANYA TAHU BERBOHONG !!! @khairykj @azwanbro



Pemuda Barisan Nasional (BN) akan meneruskan pendekatan mendekati golongan pengundi muda di Kajang melalui perjumpaan santai dalam usaha menyelami pandangan mereka, menyampaikan maklumat termasuk menjawab tohmahan dilemparkan kepimpinan Pakatan Rakyat terhadap parti itu.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun, ketika diminta mengulas tuduhan terbaru calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai berlakunya pertambahan mendadak pengundi baru dalam pengundian awal, menyifatkan kenyataan Wan Azizah itu sebagai pembohongan terancang.


Malah Khairul Azwan turut menambah, tuduhan Wan Azizah itu bertujuan untuk mengaburi mata rakyat terutama ketika Pakatan Rakyat (PR) semakin ketandusan isu, selain gagal membuktikan tuduhan parti itu terhadap BN pada Pilihanraya Umum lalu adalah berasas.

“Saya beranggapan Wan Azizah dan PR memang tiada isu sehingga sanggup menuduh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) melakukan pertambahan pengundi. Tuduhan begini memang modal PR untuk meraih sokongan rakyat kerana PR sendiri gagal membuktikan mereka lebih baik dari BN.

“Bila mereka mahu jawab pasal tuduhan 40 ribu pengundi Bangla (Bangladesh) yang ditimbulkan semasa pilihanraya lepas?

“Itu belum lagi isu blackout dan dakwat kekal yang sengaja diada-adakan untuk mempengaruhi rakyat kononnya kerajaan melakukan penipuan dalam pilihanraya,” ulas Khairul Azwan ketika ditemui dalam Sembang Santai bersama Pemuda BN selepas majlis perasmian Program Latihan Microsourcing di Taman Kota Cheras 2, petang tadi.

Khairul Azwan turut menyeru pengundi Kajang agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tohmahan dilemparkan kepimpinan PR, sebaliknya turut mendapatkan penjelasan dari kepimpinan BN sebelum membuat kesimpulan.

“Pengundi Kajang cukup bijak untuk menilai antara kaca dan permata, antara penipuan dan fakta. Jadi saya berharap agar orang di Kajang jangan mudah sangat terpedaya dengan temberang begini. Dunia sudah moden, maklumat di dunia siber pun banyak untuk rakyat sendiri menilai,” tambah Khairul Azwan lagi.

PRK DUN Kajang diadakan selepas penyandang kerusi tersebut, Lee Chin Cheh dari PKR meletakkan jawatan, Januari lalu.

No comments:

Post a Comment