Pages

Monday, 31 March 2014

#MH370 : KELUARGA PENUMPANG MH370 CHINA DATANG MALAYSIA NAK TUNJUK PERANGAI JUMPA PM DAN MENTERI #PRAYFORMH370




SIEMENS : Kalau ikut logik mereka patut terbang ke Perth, Australia, lokasi yang lebih dekat dengan pusat penyelarasan SAR MH370, tapi sekumpulan 35 orang keluarga penumpang MH370 dari China tiba di Kuala Lumpur pagi tadi dan nak 'cari pasal' dengan kerajaan Malaysia.

Walaupun usaha cari MH370 masuk hari ke 23 dengan babitkan penyiasat antarabangsa dari seluruh dunia, keluarga China yang 'hendak perhatian' ini nampak nak bikin kecoh dan mahukan publisiti.

Bayangkan kalau benda yang sama jadi di negara mereka, apakah boleh keluarga penumpang lain tuntut hendak jumpa orang nombor satu negara itu hanya kerana hendak jawapan?

Kumpulan yang tiba Subuh tadi, kini tinggal di Hotel Holiday Villa Subang Jaya memberitahu media bahawa mereka datang dengan tiket yang disediakan oleh pihak MAS.

"Kami menuntut untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan..." kata Wang Chuan Jiang abang kepada seorang penumpang yang hilang.

"Kami mempunyai soalan yang ingin ditanyakan secara peribadi dengan mereka " katanya kepada wartawan yang menunggu mereka.

Mereka mendakwa 35 orang ini hanya rombongan awal dan akan ada lagi yang menyusul nanti.

"Kami mahu bukti, kita mahu kebenaran , dan kami mahu saudara-mara kami," kata mereka yang mendakwa di Beijing, mereka tidak mendapat apa-apa maklumat.

Sementara itu, Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting memberitahu Bernama mereka tiba dari Beijing diiringi sembilan pegawai kerajaan republik itu dan kini menetap di Hotel Holiday Villa, Subang.

"Pagi tadi saya berada di Subang untuk pastikan segala persediaan untuk penempatan anggota keluarga dari China yang baru tiba ini berjalan lancar.

"Selain itu, saya juga mengadakan perbincangan dengan Duta Besar China di Malaysia Huang Huikang untuk menyelaraskan perkara-perkara berkaitan," katanya.

Ong menjelaskan anggota keluarga itu merupakan sebahagian daripada kumpulan yang sebelum ini menginap di Hotel Lido di Beijing, namun tidak pasti berapa lama mereka akan berada di Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Ong berkata selain kakitangan MAS, pihaknya mendapatkan bantuan Skuad Bantuan Krisis (CRSM) daripada MCA untuk menguruskan kumpulan yang baru tiba ini.

"Sejumlah 48 sukarelawan CRSM terlibat dan ini memudahkan kita kerana mereka fasih bertutur bahasa Mandarin," katanya.

Ditanya tentang anggota keluarga penumpang China yang menetap di Bangi, Ong berkata mereka kini lebih tenang berbanding selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penerbangan MH370 'berakhir' di selatan Lautan Hindi.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang termasuk 152 warga China, dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pukul 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Misi pencarian membabitkan pelbagai negara digerak bagi menjejaki pesawat itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di sepanjang dua koridor iaitu koridor utara menjangkau dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke utara Thailand dan koridor selatan, meliputi dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Susulan analisis yang belum pernah dibuat sebelum ini, satelit Inmarsat milik syarikat telekomunikasi United Kingdom dan AAIB merumuskan Penerbangan MH370 terbang di koridor selatan dan kedudukan terakhirnya ialah di tengah-tengah Lautan Hindi ke barat Perth, Australia.

Najib kemudian mengumumkan pada 24 Mac, 17 hari selepas pesawat itu hilang bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

Kawasan pencarian bagi pesawat MH370 kini ditumpukan ke satu kawasan kira-kira 1,100 kilometer ke barat Perth, Australia berdasarkan nasihat terkini kumpulan penyiasat antarabangsa.

2 comments:

  1. Nak mintak tolong orang, tapi buat perangai cam bangsat, pastu siap nak saman .. Pergi mampus sekali laa kat lautan hindi sana ..

    ReplyDelete
  2. Nak mintak tolong orang, tapi buat perangai cam bangsat, pastu siap nak saman .. Pergi mampus sekali laa kat lautan hindi sana ..

    ReplyDelete