Pages

Thursday, 6 March 2014

PANAS !!! PEMUDA UMNO KEDAH KECEWA KEPUTUSAN MAHKAMAH TANGGUH ISU KALIMAH ALLAH !!!!



Kenyataan Pemuda Kedah mengenai isu Kalimah Allah :

Pemuda Kedah kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini terus menggantung keputusan rayuan kalimah Allah oleh pihak Gereja The Herald. Pemuda Kedah amat membimbangi bahawa situasi akan terus menerus menyebabkan ketengangan kaum dan agama yg berpanjangan. Kita juga menuntut agar jabatan peguam negara memberi penjelasan secara jelas kenapa keputusan rayuan ini ditangguhkan.

2) Pemuda UMNO Kedah juga mendesak agar satu undang2 khas digubal bagi menangani tindakan provokasi dan penghinaan thdp agama dan kaum dimedia2 sosial. Kita sememangnya bimbang trend ini sekiranya tidak ditangani akan mencetuskan huru-hara agama dan kaum. Pemuda UMNO Kedah mencadangkan agar SKMM dan JAKIM diberi autoriti yg besar dan kuat utk menguatkuasa sebarang undang2 dan tindakan khas bagi membenteras golongan2 yg tidak bertanggungjawab ini.

3) Pemuda UMNO juga mendesak COMANGO diharamkan sama-sekali drpd bergerak secara sah dan melontarkan pandangan mereka. Bagi Pemuda Kedah COMANGO adalah satu pertubuhan yg mampu menyemarakkan lagi kebencian diantara agama dan kaum. Sekiranya kerajaan masih berlembut, Pemuda bimbang pelbagai bentuk provokasi akan mudah disebarkan hingga membawa kejadian2 yg tidak diingini.

Hakikatnya, kenyataan ini dibuat bukanlah meraih laba dan sokongan politik drpd sesuatu kaum yg majoriti, tetapi atas dasar kestabilan negara secara keseluruhan. Trend permainan api perkauman agama dan kaum ini seharusnya dihentikan dan dikawal bagi mengelakkan tragedi berdarah 13 Mei yg pernah menghantui kita

Dato Shaiful Hazizy Zainol Abidin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah

No comments:

Post a Comment