Pages

Monday, 10 March 2014

TUDIAA !!! ANWAR KELAM KABUT FAIL RAYUAN DI MAHKAMAH PERSEKUTUAN TENGAH HARI TADI !!! #LIWAT




Hari ni , Anwar Ibrahim memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya bersalah atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Notis rayuan difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan oleh peguamnya, Ram Karpal Singh kira-kira jam 10.30 pagi tadi.

Anwar yang disabitkan bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya itu dijamin oleh rakannya, Yaakob Ibrahim.

Yaakob hadir awal pagi ditemani abang Anwar, Rosli Ibrahim dilihat menjelaskan wang jaminan itu.

Anwar hadir untuk menandatangani dokumen jaminan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan, Dharma Fikri Abu Adam.

Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan yang bersidang bersama penel tiga hakim dipengerusikan Datuk Balia Yusof Wahi; Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar.

Sidang itu bagaimanapun membenarkan Anwar menangguhkan hukuman penjara itu dan menetapkan pemimpin itu membayar jaminan sebanyak RM10,000 dan perlu diselesaikan sebelum jam 11 pagi, Isnin.


Kita akan melihat lagi skrip tangguh menangguh akan diadakah semasa kes beliau di mahkamah Persekutuan nanti . 

No comments:

Post a Comment