Pages

Monday, 3 March 2014

TUDIAAAA !!!! IDEOLOGI ANWAR DIKHUATIRI HAMPIRI SIFAT DAJJAL - AIDIT



Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam melahirkan rasa bimbang kerana menyifatkan ideologi yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai persamaan kepada sifat-sifat 'kedajjalan'.

Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali berkata, tindakan dan kepercayaan Anwar juga dilihat jauh menyimpang daripada akidah Islam serta pegangan syariat Islam.

"Kami tidak mahu menyentuh bab akhlak, tetapi di kalangan NGO jika bincangkan mengenainya, apa yang kita khuatir ialah beliau mempunyai sifat-sifat kedajjalan.

"Kita tidak mengata seseorang itu sebagai dajjal, tetapi sikap-sikap kedajjalan tersebut dan terpulang kepada sesiapa untuk menggunakan akal dan melihat adakah terdapat sifat-sifat tersebut pada di mereka(pembangkang)," katanya kepada sidang media di Taman Tun Dr Ismail di sini hari ini.

Hadir Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.





Aidit menjelaskan, pihaknya tidak membuat dakwaan tetapi mengajak rakyat di Malaysia mengkaji dan menggunakan akal mengenai perkara tersebut.

Katanya, terdapat 10 ciri-ciri ideologi dan pegangan yang jika diamalkan mampu menyesatkan dan menghampiri ciri-ciri dajjal.


"Kami di dalam NGO Islam membuat kajian berdasarkan ilmu dan hujah, jadi kami ingin berhujah dan mengajak masyarakat berfikir kerana terdapat segelintir masyarakat yang terlalu taksub sehingga berhujah menggunakan emosi.

"Antara ciri-cirinya adalah mereka yang membawa ideologi seperti ini akan menyesuaikan hukum Allah berdasarkan akal dan kepentingan diri, selain mempunyai minat terhadap tarikan dunia seperti kekayaan, syahwat songsang dan meringankan yang haram.

"Sifat-sifat yang lain adalah mereka ini gemar mencabar ketuhanan dan kita boleh lihat perkara ini melalui pendapat bahawa semua agama tersebut sama rata dan yang paling penting mereka ini suka memutar belitkan kebenaran," ujarnya. - RAKYATNEWS


No comments:

Post a Comment