Selesai sahaja hukuman di jatuhkan kepada Anwar , hampir 50 orang penyokong Anwar mula berpekik dan melaungkan 'Reformasi' , mereka seolah dirasuk dan langsung tidak mempercayai Qada dan Qadar Allah bahawa pemimpin mereka itu bakal ke Penjara Sungai Buloh Selangor .
Keputusan dibaca Hakim Balia Yusof yang mengetuai panel tiga hakim dalam perbicaraan tersebut.
Ketua Pasukan Pendakwa Raya Tan Sri Dr Mohamad Shafee Abdullah berkata, kes ini harus diselesaikan segera kerana telah berlanjutan terlalu lama sejak 2008.
Selepas keputusan dibacakan, isteri Anwar merangkap Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah sedih bersama anak-anaknya lalu meniggalkan kamar mahkamah.
Hukuman akan diputuskan hakim petang ini selepas mendegar hujah daripada kedua-dua belah pihak.
No comments:
Post a Comment