Pages

Thursday, 17 April 2014

29 PELAJAR PERMATA INSAN SOLAT HAJAT DAN DOA UNTUK #MH370 DI KAABAH @NajibRazak


Seramai 29 pelajar Permata Insan, yang sedang mengadakan lawatan ilmiah ke Arab Saudi sejak Jumaat lalu, turut mengadakan solat hajat di hadapan kaabah Masjidil Haram untuk pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

“Solat hajat yang dipimpin Ustaz Muhammad Hafiz Saleh Al Hafiz dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendoakan moga pesawat itu diketemukan,” menurut kenyataan Permata di sini, hari ini.



Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada8 Mac lepas ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.


Pelajar Permata Insan itu, yang dalam lawatan belajar selama lapan hari ke Jeddah, Madinah dan Makkah, turut melawat beberapa universiti tersohor dalam bidang Sains Islam, antaranya Universiti Umm Al-Qura' di Makkah, Universiti Taibah di Madinah dan Universiti King Abdul Aziz di Jeddah serta American International School di Jeddah.

Semasa di sana, peserta program itu juga berpeluang menemui tokoh Islam yang disegani seperti Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Abdur Rahman As Sudais, mengadakan sesi bertalaqi di masjid di Madinah dan Makkah serta melawat tempat bersejarah dan menarik termasuk Menara Jam Diraja Makkah atau Abraj Al-Bait iaitu menara jam tertinggi dan terbesar di dunia.

Lawatan itu adalah projek perintis Permata Insan, yang juga satu cabang Program Permata yang ditubuh khas di USIM sejak 2010, bagi kanak-kanak seawal usia lapan tahun yang bertujuan melahirkan bakal ilmuan pemikir Islam yang agung berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment