Pages

Saturday, 19 April 2014

GURAUAN TERAKHIR KARPAL - TANPA MICHAEL SAYA AKAN MATI


Sehari sebelum kemalangan, mendiang Karpal Singh ada melawak bersama pekerja-pekerja di pejabatnya dan mengatakan “Tanpa Michael saya akan mati”.

Lalu Michael menjawab, “Tanpa boss (Karpal), saya juga akan mati”.

Perkara tersebut diceritakan oleh anak perempuan mendiang Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh pada Sabtu.

Pada masa sama, Sangeet menyifatkan Michael merupakan pekerja yang sangat dedikasi, rajin serta amanah dalam menjalankan tugas beliau.

Menurut Sangeet, Michael telah berkhidmat dengan mendiang ayahnya hampir 9 tahun.

Selain Sangget, anak-anak mendiang yang lain, Ramkarpal Singh dan Man Karpal turut hadir ke Jabatan Forensik HRPB pada Sabtu bagi menguruskan mayat mendiang, Michael Cornelius Jayakrishnan untuk dihantar pulang ke Vellore, India.

Sangeet jelas tidak dapat menahan sebak tatkala mayat mendiang Michael diusung masuk ke dalam van mayat.

Bagi Sangeet, beliau tidak dapat membalas jasa baik Michael yang selama ini banyak berbakti kepada keluarga terutamanya kepada mendiang Karpal.

Mayat mendiang akan menaiki kargo pesawat MH180 yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10 malam Sabtu menuju ke Vellore, India.

1 comment:

  1. Aku syak si PENAJA Barat-ZIONIS DAPBANGKAI/PKRPELIWAT nak menutup mulut sikapal ni - dr. banyak rahsia TERDEDAH; apalagi SUARAM (yg. disyaki ditaja berjuta oleh si Barat-ZIONIS) makin disasarkan blog pro-K'jaan, utk. disiasat KDN (KDN jgn. lupa pula hal ni)!

    Kerana yg. peliknya, kenapa lelaki yg. peluk si kapal tu, suruh "go away" org. awam yg. nak tolong , sedgkn mangsa kemalangan akan minta tolong "help"! Dan kenapa pemandu kereta tu pandu laju sgt - waktu malam pula tu?

    Itulah MO biasa si Barat-ZIONIS http://topinfopost.com/2013/06/21/over-20-seals-who-killed-osama-bin-laden-now-dead, Over 20 SEALs Who “Killed Osama Bin Laden” Now Dead, By DNA , June 21, 2013; and at http://www.thetruthseeker.co.uk/?p=114 , Bloody Bill Clinton – American Caligula, By wmw_admin on September 1, 2006!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).

    ReplyDelete