Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sudah tiba masanya hukuman hudud yang bakal dilaksanakan di negeri ini diperjelaskan bagi mengelakkan berlaku kekeliruan dan menimbulkan polemik sehingga menakutkan pelbagai pihak.
“Dalam masa enam bulan ini, kita sudah bersedia menjelaskan isu ini, tidak kira kepada sesiapa pun sama ada umat Islam atau bukan Islam.
“Dengan penerangan itu nanti, diharap dapat memberi pendedahan sebenar mengenai hukuman ini yang merupakan undang-undang Islam dan diperintahkan ALLAH SWT untuk dilaksanakan demi kebaikan bersama,” katanya pada sidang media di pekarangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini.
Terdahulu, Ahmad menziarahi mangsa kebakaran dalam insiden di Dataran Shell, Gua Musang, Rabu lalu yang dirawat di hospital berkenaan.
Beliau turut bertemu dengan keluarga mangsa terbabit dan menyampaikan sumbangan.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai permohonan pimpinan DAP bagi mendapatkan penjelasan berhubung isu itu, Ahmad berkata, setakat ini belum menerima sebarang permohonan.
“Kita sudah sedia sepenuhnya dan dalam sedikit masa lagi, insya-ALLAH dengan keyakinan bersama, kita dapat laksanakan undang-undang jenayah syariah ini di Kelantan.
“Kita juga akan usulkan perkara ini ke Parlimen dan marilah kita sama-sama berdoa kepada ALLAH SWT. Diharap perbincangan ini dipermudahkan," katanya.
Semalam, Sinar Harian melaporkan kerajaan Kelantan akan melaksanakan hudud mengikut pendekatan secara terbuka, yang mana golongan bukan Islam juga boleh mengikut pelaksanaan tersebut.
Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, dari segi pelaksanaan, Kelantan tidak meniru mana-mana negara luar dan akan melaksanakan undang-undang itu berlandaskan lunas Islam sebenar.SINAR.
Aku sokong sgt, org Islam sendiri pun ramai yg masih kurang faham. Hukum jinayah Islam mmg tampak keras dan tegas, kerana ia lbh berkesan dlm mencegah jenayah bila dilaksanakan.
ReplyDeleteJenayah sesama Islam, guna perundangan Islam.
Jenayah terhdp umat Islam, guna perundangan Islam.
Jenayah oleh umat Islam, kena guna perundangan Islam.
Jenayah sesama bukan Islam sj boleh pilh, itu pun pilihan diberi kpd mangsa bukan yg memangsa / pemangsa, dan utk itu kena guna hakim bukan Islam, kerana hakim Islam hanya boleh menghukum berdasarkan hukum Islam.
Barulah org takut nak buat jenayah, terutamanya sesama Islam dan terhdp umat Islam, bahkan sesama yg bukan Islam pun aku rasa para penjenayah akan takut berbuat jenayah kerana mangsa boleh pilih hukuman Islam yg biasanya lbh tegas dan keras.
Anyway Majlis Fatwa patut bermuzakarah dan keluarkan pendirian rasmi utk elak kekeliruan. WaAllahu'alam !
Saya amat harap hukum Allah SWT dpt ditegakkan sepenuhnya.krn itulah satu2nya cara mendapat Rahmat dan Peliharaan Allah SWT. itu sahaja cr membanteras jenayah.. sbb hukuman Islam ialah pencegahan dan memelihara hak semua manusia. Insya Allah semoga ianya dpt dilaksanakan segera di Kelantan dan seterusnya ke negeri2 majoriti Islam lain spt Kedah.. jelaskan hukuman Allah ini secara Tauhid dan Tassawuf supaya nampak Allah itu Mahu Memelihara kita dr keburukan.
ReplyDeleteAku penuh yakin bila dilaksanakan nanti dgn betul, semua yg bukan Islam pun akan pilih perundangan Islam, khususnya mrk yg menjadi mangsa.
ReplyDelete