Pages

Friday, 25 April 2014

HUDUD : PEMUDA UMNO KEDAH TEGUR KP GERAKAN @Khairykj @NajibRazak


Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Kedah melalui Ketua Pemudanya, Dato Shaiful Hazizy telah menegur Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang atas tindakan beliau menghantar memorandum bantahan undang-undang hudud kepada pemimpin atasan Pas semalam.

"Undang-undang hudud adalah undang-undang Islam, perkara ini bukan main-main sepatutnya Tan Keng Liang berbincang dulu dengan pucuk pimpinan tertinggi BN sebelum membuat tindakan begitu"

Kata Dato Shaiful yang membuat sidang medianya di Medina Cafe bersama Ketua Pemuda Bahagian dan pelajar AIU.

Sepatutnya Tan Keng Liang mempertimbangkan tindakan tersebut dan menarik balik memorandum beliau.  

Apj : Setuju dengan kenyataan Dato Shaiful mengenai isu ini.  Ia bukan satu perkara main-main kerana isu ini melibatkan isu agama. 

No comments:

Post a Comment