Pages

Wednesday, 9 April 2014

LIWAT : DENDAM KARPAL SINGH TERHADAP ANWAR DAH DIBALAS ???



Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, dendam lama Pengerusi DAP, Karpal Singh terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terlaksana merujuk perbahasan beliau berhubung kes liwat di Dewan Rakyat pada tahun 1997 sebanyak tiga kali sewaktu Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao berkata, ini kerana ketika pilihan raya kecil di Pulau Pinang sekitar awal tahun 1990-an, Anwar telah menyarankan pengundi agar tidak memilih kaum Banggali kerana telah membunuh Indragandi, Rajiggandi dan Mahatmagandi yang telah menimbulkan sifat sensitif terhadap kaum tersebut.

"Dia mengambil kesempatan ini untuk membalas dendam terhadap Anwar di dalam parlimen dengan mengukitkan kes serta memberitahu PAS untuk memalukan Anwar Ibrahim seperti mana Mat Sabu menggelarkan Anwar Al- Jubri juga di parlimen.


"Apabila desakan dan penghinaan terhadap kes Anwar Ibrahim telah berlaku, Tun Mahathir terpaksa menyiasat sedangkan beliau enggan untuk membuat demikiaan," katanya kepada pemberita selepas Penyerahan Surat Rasmi Kepada Barack Obama di Kedutaan Amerika Syarikat, hari ini.




Tambah beliau, modus operandi diantara PAS dan DAP tiada kekuatan dan sengaja memecah belahkan fahaman diantara Anwar Ibrahim dengan Tun Mahathir.

"Mereka sedar bahawa mereka tidak boleh melakukan sesuatu kecuali mereka memecahkan fahaman diantara Anwar Ibrahim dengan Tun Mahathir.

"Karpal Singh adalah penyebab masalah besar di negara ini, Karpal Singh punca PKR bermula. Karpal Singh juga penyebab Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir bergaduh.Karpal Singh yang memulakan segalanya.

Ramesh menambah, balas dendam Karpal Singh dianggap selesai kerana peguam Sangganayam disisihkan daripada mengadili kes liwat ini dan beliau yang mengetuai perbicaraan kes tersebut.

"Kemana perginya Sangganayam dan mengapa beliau kehadapan.Ini bukti balas dendam terhadap Anwar Ibrahim berhubung kenyataan yang telah dilakukan dan ini adalah kebenarannya dengan memastikan Anwar Ibrahim ke penjara melalui kes liwat ini. Jadi balas dendam dia tercapai

"Mereka terpaksa menggunakan Anwar Ibrahim untuk mencapai matlamat tanpa Anwar mereka tiada apa kekuatan. Anwar telah berjanji pada PRU13 akan tetapi janji tersebut telah gagal terlaksana, mereka tidak memerlukan Anwar Ibrahim juga lebih rela Anwar ke penjara. Ini adalah perkara sebenarnya," ujarnya lagi.

Beliau turut telah menghantar surat kepada Karpal Singh pada 2minggu yang lalu untuk memohon penjelasan sebenar berhubung isu liwat akan tetapi tiada sebarang maklum balas sehingga kini.

No comments:

Post a Comment