Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.
Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.
Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.
Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - UTUSAN ONLINE
SESIAPA TIDAK BOLEH MELAWAN KEKUASAAN ALLAH SWT.....LEPAIH NI SIAPA PULAK...
ReplyDeleteSemua org mati, dia pergi dulu, yg lain bakal mengikuti.
ReplyDeleteYg penting mati dlm keadaan Islam, iaitu dlm keadaan beragama Islam, dlm keadaan taat dan patuh, dan dalam keadaan berserah diri kpd Allah swt.