Pages

Tuesday, 20 May 2014

TARIF ELEKTRIK : BERITA HARIAN NI DAH NAK TUTUP KEDAI KA !!!



Rasanya umur Berita Harian ni bukan setahun jagung dan tua bangka rasanya umur Berita Harian ni tapi artikel mereka macam budak baru lepas PMR saja , main bedal tanpa fakta yang betul . Tukang buat artikel satu hal dan tukang lulus artikelpun satu hal . Patut la makin layu ja Akhbar ni !! adoiii la !!!

Baru-baru ni akhbar Berita Harian gagal untuk memberikan fakta sebenar tentang kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak tentang kenaikan tarikh elektrik negara.

Tarif elektrik sememangnya telah mengalami kenaikan sejak bulan Januari yang lepas dan perkara ini telah diketahui sejak tahun lepas lagi. Takkan Berita Harian tak tahu sesuatu isu kot !! buat malu saja !!

Perdana Menteri sebenarnya telah menasihati pihak Tenaga Nasional Berhad agar syarikat elektrik negara itu memperbaiki mutu perkhidmatan mereka berikutan kenaikan yang dilakukan dan bukannya sepertimana yang dilaporkan bahawa tarif elektrik akan dinaikkan lagi.

Selama 5 bulan kenaikan tarif elekteik telah berlaku dan pengguna yang menggunakan elektrik dengan nilai RM 70 kebawah sebenarnya tidak merasa kenaikan tersebut dimana yang lebih terasa adalah merekanyang menggunakan kuasa elektrik melebihi nilai RM 70 sebulan.

Perdana Menteri juga mengatakan bahawa tidak guna ada kenaikan jika mutu perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal dengan apa yang diberikan oleh rakyat dimana masih ada gangguan bekalan elektrik terhadap pengguna.

Apa yang menjadi kesalan ialah, Berita Harian seolah olah mengatakan bahawa Perdana Menteri mengumumkan bahawa akan ada lagi kenaikan elektrik yang membuatkan ianya heboh di laman laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

Cerita ni juga di jaja oleh puak pembangkang oleh kerana laporan yang tidak tepat diberikan oleh Berita Harian.

Perdana Menteri juga telah mengingatkan pihak TNB bahawa pelabur agak sukar untuk melabur di Malaysia jika mutu perkhidmatan bekalan elektrik tidak ada penambah baikan dan rakyat akan merungut sekiranya mereka nerasakan kenaikan tidak setimpal dengan pembayaran.

Kalau Berita Harian nak naikkan rangking pun agak-agak la dengan cerita putar alam macam ni , dah rupa Harakah pulak nampaknya , kalau Harakah tu dah tau la memusing 24 jam memburukkan kerajaan dan memutarbelitkan fakta , takkan Berita Harianpun jenis tu juga !!! 


No comments:

Post a Comment