Pages

Sunday, 29 June 2014

BERGAMBAR : PERDANA MENTERI MELAWAT TUAN GURU HJ HADI AWANG DI IJN @NajibRazak


Setelah keluar dari Hospital di Istanbul selepas mengalami masalah kesihatan bulan lalu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini masih menerima rawatan di Institud Jantung Negara Kuala Lumpur .

Abdul Hadi pulang ke Malaysia pada 18 Jun lalu selepas diberi kebenaran oleh doktor yang merawatnya di sebuah pusat perubatan di Turki.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Turki setelah mengalami sesak nafas semasa menghadiri satu persidangan di Istanbul pada Mei lalu.




Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak mengambil kesempatan melawat beliau di IJN , semasa menerima rawatan di Istanbul dahulu , Perdana Menteri telah mengarahkan kedutaan untuk memastikan pihak Hospital di Istanbul memberi rawatan terbaik kepada beliau.

Ternyata sekali perbezaan politik langsung tidak dapat memisahkan tali persaudaraan sesama Islam. Satu contoh amalan yang baik di amalkan Perdana Menteri Malaysia kita. Kita mencari titik persamaan bukan perbezaan sesama Islam.

Sebagai rakyat aku kagum dengan Perdana Menteri kita. Semoga diikuti oleh semua pemimpin kita .




No comments:

Post a Comment