Pages
▼
Tuesday, 24 June 2014
DAP HARUS PECAT TERSSA KOK , JANGAN BERSIKAP DOUBLE STANDARD @RameshRaoAKS
Pemimpin DAP tidak seharusnya mengamalkan sikap double standard atau berat sebelah terhadap Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang secara nyata melakukan kesalahan melanggar peraturan parti.
Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP) Ramesh Rao berkata, pemimpin DAP seharusnya memecat Teresa sepertimana yang dilakukan terhadap beberapa ahlinya yang didapati bersalah sebelum ini.
"Kita minta kepimpinan DAP jangan 'double standard' untuk mengambil tindakan terhadap Taresa Kok, segala dokumen telah kami beri kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
"Saya masih ingat kata-kata Lim Kit Siang kalau seseorang Yang Berhormat atau Ahli itu didakwa atau dituduh dengan bukti individu tersebut perlu kosongkan kerusi serta digantung jawatan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan surat desakan pecat Taresa Kok di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.
Surat berkenaan diserahkan oleh bekas ahli DAP dan bekas pembantu pribadi Taresa Kok Tony Tan chee Chong kepada Ketua Jabatan Pengurusan DAP Chu Yoon Ming.
Tegas Ramesh, DAP perlu ikut undang-undang parti sepertimana yang dilaungkan mereka selama ini yang dikatakan memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.
"Saya minta Lim Kit Siang penuhi apa yang beliau laungkan.
"Kita cukup segala bukti yang mana berlakunya salah laku guna kuasa, jadi saya minta pucuk pimpinan ambil langkah sewajarnya," ujarnya.
Sebelum ini PMSP dan Tony Tan telah menghantar dokumen kepada SPRM bagi menyiasat salah laku Taresa Kok terhadap penyelewengan wang parti sebanyak RM405 ribu dari jumlah sebenar RM605 ribu dari hasil kutipan ceramah dan orang ramai tanpa sebarang tujuan penggunaanya.
No comments:
Post a Comment