Beliau berkata, surat yang turut mengandungi bukti telah diserahkan kepada pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan tetapi tiada sebarang tindakan susulan diambil terhadap ADUN dari DAP itu.
"Aduan bersama bukti telah diserahkan kepada kepimpinan DAP dan pejabat Menteri Besar Selangor atas nama Pakatan Rakyat yang mahukan kerajaan telus dan banteras rasuah.
"Tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga kini daripada pihak Pakatan Rakyat seperti yang dilaung-laungkan oleh integritinya," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang, di sini hari ini.
Beliau menjelaskan, Pakatan Rakyat tidak bertanggungjawab dalam menyiasat penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin mereka dengan memberi alasan kesalahan tersebut dilakukan dari pihak lain.
"Pakatan Rakyat tidak nampak kesalahan mereka. Mereka cuba menutup kesalahan mereka dan mereka cuba mengaibkan, memperbodohkan rakyat dengan memberitahu kesalahan orang lain.
"Menuding jari kepada Barisan Nasional kononnya berasuah.
"Mereka sepatutnya bertindak apabila laporan diadukan. Kita tidak akan membuat laporan polis sekiranya perkara ini adalah fitnah atau rekaan," katanya lagi.
Ramesh turut mengingatkan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat agar tidak melakukan sebarang ugutan sama ada melalui surat mahupun sistem pesanan ringkas.
"Kita tidak akan gentar walaupun kita menerima ugutan daripada gangster, surat saman kerana kami disini kami mahu bersihkan parti dan kembalikan perjuangan sebenar parti pada asalnya.
"Kita ada lagi 5 ADUN dan Parlimen yang kita akan bongkarkan, kami juga mempunyai bukti terhadap projek-projek yang berlaku di Selangor dan Pulau Pinang serta bagaimana dana-dana dikutip.
"Lagi banyak Pakatan Rakyat mendakwa mereka bersih, lagi banyak kami akan bongkarkan. Kami ingin memberitahu kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat adalah sebuah parti yang bersih adalah fitnah dan satu penipuan yang besar," katanya lagi.
RAKYAT NEWS
No comments:
Post a Comment