Itulah sebabnya mereka dihadapkan ke mahkamah secara serentak (kesemuanya Melayu kecuali seorang lagi India selain dari Rayer).
Maka itu Mubarak (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) melonjak kegembiraan dan segera membuat kenyataan mengalukan tindakan itu sebagai seimbang dan adil itu tetapi dalam sekelip mata keyakinan ini dihancurkan oleh penangguhan kes RSN Rayer yang membakar api dalam sekam.
Ketidakadilan segera dirasakan oleh orang Melayu.
Pejabat Peguam Negara bagitu sewenang-wenang menghadapkan kes ini dan menangguhkannya tanpa memikirkan perasaaan rakyat, tidak prihatin terhadap masyarakat berbilang kaum dan tanpa memikirkan kesan politik yang menambah masalah kepada kepimpinan negara yang sedang tercabar.
Tuduhan serentak itu yang dianggap sebagai pendekatan 'policy of political appeasement' yang diharapkan akan menenangkan suasana sebaliknya menggelombangkan perasaan marah rakyat, menyebabkan kepala lembu diletakkan di hadapan pagar rumah RSN Rayer di Pulau Pinang.
Kali ini pendekatan Najib yang diketahui umum sebagai "menangguhkan masalah dan bukan menyelesaikan masalah" benar-benar berbayar.
Menghakiskan lagi pengaruhnya di kalangan orang Melayu yang sudah pun dalam keadaan yang buruk. Suasana akan berlainan kiranya Rayer telah dituduh.
Tidak sahaja istana tertentu mendatangkan tekanan ke atas Najib tetapi juga Pejabat Peguam Negara sendiri.
Apa yang dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara adalah suatu provokasi politik yang cukup dahsyat dan membuka suatu medan pertempuran baru bagi politik perkauman dan keagamaan. Mereka tidak memenuhi harapan Najib.
Naib Presiden Umno yang paling popular dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi menganggap tindakan meletakkan kepala lembu berdarah di hadapan rumah Adun DAP itu sebagai setimpal dengan keceluparan mulutnya.
Walaupun dalam satu parti tetapi MCA dan MIC menganggap perbuatan itu merbahaya kerana lembu adalah suci bagi agama Hindu. Tidak pula kedua pemimpin parti komponen itu melihat bahaya apabila Umno dikatakan celaka. Mereka terus mencari populariti politik atas landasan DAP .
Tidak syak lagi akan ramai lagi yang akan turut terjun ke dalam pertempuran politik baru ini.
Selama ini jari dituding kepada rakyat kerana melakukan hasutan di bawah Akta Hasutan tetapi kali ini Peguam Negara dan pegawai pegawainya yang tidak prihatin dan cuai telah membakar api. Merekalah yang pula harus dituduh.
Perbicaraan terhadap mereka harus dijalankan oleh Perdana Menteri sendiri dan hukuman oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung.
Tan Sri Zainuddin Maidin
Bekas Menteri Penerangan
Betullah apa En Din cakap...saya rakyat biasa sebelum ni tak kisah sangat dengan senario politik negara...tapi sekarang tidak...rasanya bangsa melayu islam terus di hina tanpa pembelaan dari kerajaan sekarang...rasanya satu hari nanti kami akan ambil tindakan sendiri...
ReplyDeleteBetullah apa En Din cakap...saya rakyat biasa sebelum ni tak kisah sangat dengan senario politik negara...tapi sekarang tidak...rasanya bangsa melayu islam terus di hina tanpa pembelaan dari kerajaan sekarang...rasanya satu hari nanti kami akan ambil tindakan sendiri...
ReplyDeleteMemang betul tu..Nampak gayanya AG ni sengaja nak buat orang melayu marah..lebih baik letak jawatan dan balik sarawak tempat kau..disana kau bolih berfikiran liberal ...kerana tindakan bacul kau ini insyaallah rakyat yg banyak memerhati dari jauh tidak mustahil akan mengambil tindakan sendiri..sebab perangai double standard kau dan juga PDRM..
ReplyDelete