Pages

Tuesday, 3 June 2014

TERBAIK !!! PERDANA MENTERI SAMAN MALAYSIAKINI !!! HAMIK KAW !!!!



Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan saman terhadap Portal Pro Pembangkang Malaysiakini ekoran dua artikel berbaur fitnah yang disiarkan Laman Penfitnah itu .

Saman dikemukakan Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 30 Mei lalu dengan menamakan Syarikat Mkini Dotcom Sdn Bhd sebagai defendan pertama, sementara Ketua Editornya Steven Gang serta Ketua Pengarang Fathi Aris Omar sebagai defendan kedua.

Dokumen mengenai saman tersebut yang difailkan melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak diterima oleh pihak media hari ini.

Dalam tuntutan saman tersebut, Najib diatas kapasiti peribadinya sebagai Perdana Menteri meletakkan dirinya sebagai plaintif kedua manakala Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh sebagai plaintif pertama, bertindak mewakili UMNO.

Pengurusan kes tersebut buat kali pertama dijadualkan didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, S.M. Komathy Suppiah pada 18 Jun ini.

Artikel Malaysiakini yang dirujuk dalam kes ini bertajuk 'A Case Of The PM Reaping What He Sows' dan 'How Much Will Najib Spend to Keep Terengganu'.

Apj bangga kali ini Perdana Menteri benar-benar mengambil tindakan saman terhadap Malaysiakini yang sememangnya kaki fitnah dan memburukkan Kerajaan setiap masa, selama ini Perdana Menteri masih memberi muka kepada mereka dan kali ini mereka tahu langit itu tinggi atau rendah.


Apj harap pihak peguam yang dilantik tidak akan KAWTIM dengan puak Malaysiakini . Sudah banyak sangat penyelesaian dan beri muka pada puak Malaysiakini ini dan sudahnya mereka terus menerus fitnah kerajaan.


No comments:

Post a Comment