Pages

Monday, 8 September 2014

#HAJI1435H : PERSIAPAN DI PADANG ARAFAH DAN MENDAKI JABAL RAHMAH



Laporan Haji 143H
07 Sept 2014

Persiapan Di Padang Arafah dan Mendaki Jabal Rahmah

Pagi ini Admin bersama rakan-rakan media telah melawat Padang Arafah dan juga sempat mendaki Jabal Rahmah , tiba di Padang Arafah lebih kurang jam 8.30 pagi waktu Arab Saudi , di lihat pekerja-pekerja di sini bertungkus lumus menyiapkan dan merperindahkan kawasan Padang Arafah ini , tumbuh-tumbuhan menghijau di kawasan ini. InsyaAllah jemaah2 haji akan wukuf di sini awal bulan 10 nanti, Admin kongsikan sedikit mengenai wukuf di Arafah ini.

Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang kedua tetapi yang utama dari rukun-rukun haji itu. Itu adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Dari Abdul Rahman bin Ya'mur r.a katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w menyuruh seorang penyeru menyerukan : "Haji itu ialah "Arafah". Barang siapa datang pada malam tanggal sepuluh, sebelum terbit fajar, bererti dia telah mendapatkan Arafah" (Riwayat - Ahmad dan Ashabus Sunan)



Selesai melawat persiapan di Padang Arafah kami terus ke Bukit Jabal Rahmah , begitu ramai jemaah haji dari India dan Pakistan ke sini , ada yang menangis dan ada pula yang meratapi diri di sini tidak ketinggalan ada yang menunaikan solat hajat di sini , Admin kongsikan sedikit mengenai Jabal Rahmah ini buat diri sendiri dan juga rakan-rakan pembaca.

Di Jabal Rahmah inilah diriwayatkan sebagai tempat bertemunya Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah 100 tahun diturunkan dari langit ke bumi. Sehingga kini, bukit ini masih utuh dan tersergam dengan sebuah tugu monumen di puncaknya. Banyak jemaah yang naik ke bukit ini untuk melawat atau berdoa di situ.Jabal Rahmah terletak 25 km di tenggara kota Makkah, ianya termasuk dalam wilayah Arafah. 

Admin Apj
Mekah 1435H

P

No comments:

Post a Comment