Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun, berkata hari terbuka itu akan merangkumi tiga segmen penting iaitu sesi 'town hall' atau perjumpaan awam, kongres perumahan rakyat dan pameran oleh biro-biro pergerakan itu.
"Pada sesi town hall yang akan dipengerusikan sendiri oleh Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin itu nanti, kita akan mendengar pandangan, saranan dan persoalan daripada generasi muda pelbagai kaum dari bandar dan luar bandar terhadap Bajet 2015.
"Sesi itu akan menjadi suara generasi muda untuk kita angkat kepada pucuk pimpinan dan ia akan menjadi input buat mereka (sebagai) badan pelaksana bagi memastikan pelaksanaan Bajet 2015 berjalan dengan baik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Exco Pergerakan Pemuda UMNO di sini, hari ini.
Selain itu, Khairul Azwan berkata cadangan yang akan dikemukakan pada sesi 'town hall' itu nanti juga akan dijadikan input untuk didebatkan pada Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO pada 25 November ini sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014.
Pada pembentangan Bajet 2015 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen September lepas, sebanyak RM320 juta diperuntukkan di bawah Pelan Transformasi Belia Negara, selain pengenalan kepada '1Malaysia Youth City', Skim Perumahan Belia dan Blueprint Negara Bersukan.
Dah dekat nak Konvensyen UMNO, baru kalut nak buat Hari Terbuka - selama ni tak bacakah keluhan rakyat terutamanya belia BUMIPUTERA Islam/Melayu yg. BERTIMBUN kat media Sosial, terutamanya tentang Islam/umatnya yg. makin diHINA/diGERTAK (bahkan si mamat-kari-LIBERAL-galak-BERZUMBA-dan-pakai-stokin-'PINK' sibuk TERUJA, asyik diPUJA si KAPIRDAJAL EvangeliSStar utk. menjadi bakal TPM, kemudian PM), psl. Tanah Rizab Melayu yg. makin pupus dsbnya?!
ReplyDeleteLepas tu sibuk dgn. "Belia city" dsbnya - tapi kenapa tak pernah sebut berapa KUOTA utk. BUMIPUTERA miskin/sederhana?! Ini adalah HAK BUMIPUTERA mengikut undg-undg Perlembagaan pun!
Makcik sambal Belacan.