Pages

Saturday, 8 November 2014

PANAS : ANWAR HARUS DI PENJARA



Pendakwa raya, Tan Sri Shafee Abdullah sekali lagi menyatakan hasrat pihak pendakwaan untuk mendapatkan hukuman penjara lebih lama dari lima tahun untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi hukuman atas kes liwat II terhadap bekas pembantu peribadi beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Shafee berkata, bahawa jika didapati bersalah, ia akan menjadi sabitan buat kali kedua terhadap beliau untuk kes liwat ini dan menegaskan hari ini bahawa kes liwat II bukan satu kes bermotifkan politik terhadap Anwar.

"Pada masa ini, kami hanya meminta lebih daripada lima tahun dan kita akan lihat sama ada ia adalah sebuah peti mati atau tidak.

Kes itu hanyalah satu yang melibatkan seorang ahli politik. Apabila mereka (ahli politik) berada dalam kesulitan, mereka selalu menjerit konspirasi," katanya kepada pemberita di Istana Kehakiman, hari ini.

Tambah beliau lagi, tidak pernah mengeluarkan kenyataan dimana yang dimaksudkan oleh Anwar dengan mengatakan bahawa beliau ingin meletakkan paku terakhir didalam keranda buat ketua pembangkang terbabit.

"Apa kenyataan yang dikeluarkan oleh dia. Tidak dan saya tidak pernah mengatakan bahawa pin atau paku dan juga keranda buat dia. Ianya tidak berlaku," katanya lagi.

Shafee menambah, tarikh penghakiman itu dapat ditetapkan untuk masa satu atau dua minggu lagi berkemungkinan mereka (hakim-hakim) ingin menulis penghakiman penuh sebelum memutuskan sebarang keputusan.

"Saya merasakan para hakim-hakim ingin menulis penghakiman penuh. Kita tidak mengetahui pada bila mereka akan beritahu, mungkin selama seminggu dan berkemungkinan juga dua minggu," katanya.

RAKYAT NEWS 

1 comment:

  1. Si Islam/Melayu-LIBERAL makin MEMPERBODOhkan dan MENGUASAI TANAH MELAYU, NEGARA ISLAM pusaka nenek moyang kita ini - akibat NAFSU BUAS si LIBERAL ini, yg. mahu MENGHALALkan yg. diHARAMkan terutamanya hak puak LGBT ! Bayangkanlah salah seorg. hakim ialah si KAPIR, boleh pula dibenarkan mengadili undg-undg Syariah berkaitan HUKUM ISLAM -berkaitan puak Mak Nyah yg. sebenarnya adalah puak HOMO! Maka sekrg, puak HOMO kat NEGARA ISLAM kita ni makin boleh liaq BERSODOM dgn. terbuka pula tu, hanya dgn. berlagak spt. Mak Nyah (Kononnya SODOM jenis ini ‘semulajadi‘) - akan dibela undg-undg PENIPU-BINATANG BUAS si KAPIRDAJAL Barat-ZIONIS!

    Tengoklah Prof-jenis-apa ni dari Univ Islam pula tu -yg. mempertahankan isu ini sbg. perkara kecil kerana adalah hak puak SODOM Mak Nyah ni sbg. amalan . "demokrasi" dan "itu hak mereka buat apa mereka suka" (esok puak SODOM nak MEROGOL binatang pun mungkin diHALALkan juga) - patutlah makin ramai anak muda termasuk MAHASEWEL; dah jadi KELIRU psl. hukum BERSODOM! Lihat di - http://www.anwaraidc.com/?p=51228:

    ISMA : Kemenangan Golongan Transgender Jadi Ancaman Islam Di Malaysia

    Nov 08,2014 - by AIDC

    SHAH ALAM: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) berpendapat kemenangan golongan mak nyah dalam menghapuskan peruntukan Seksyen 66 Enakmen Syariah Negeri Sembilan satu lagi cubaan mencabar kesucian agama Islam.

    Naib Presiden (II) ISMA, Fauzi Asmuni berkata golongan liberal seperti itu akan menggunakan pertembungan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil sebagai rujukan kepada tuntutan mereka pada masa akan datang.

    “Apabila berlaku pertembungan antara enakmen mahkamah syariah dan keputusan mahkamah rayuan, jadi yang terpakai adalah keputusan Mahkamah Rayuan manakala keputusan Mahkamah Syariah akan terpinggir.

    “Jika tidak dikawal dari awal, ia akan membawa kepada banyak penghapusan enakmen-enakmen khusus di dalam Mahkamah Syariah,” katanya ketika dihubungi Antarapos.

    Fauzi diminta mengulas keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang mengisytiharkan peruntukan undang-undang syariah Negeri Sembilan yang melarang golongan mak nyah berpakaian wanita sebagai tidak sah.

    Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Hishamuddin Mohd Yunus berkata Enakmen Syariah tahun 1992 itu tidak sejajar dengan peruntukan perlembagaan yang menjamin kebebasan dan kesamarataan manusia.

    Beliau berkata peruntukan Seksyen 66 Enakmen Syariah Negeri Sembilan itu gagal mengiktiraf bahawa ada golongan lelaki yang mengalami ‘gender identity disorder’ yang dikaitkan dengan golongan transesksual ataupun lelaki yang mempunyai perwatakan wanita.

    Keputusan itu lantas disambut aktivis dan pertubuhan bukan kerajaan (NG0) sebagai kemenangan dalam perjuangan golongan mak nyah yang mencari kesamarataan dan penerimaan pihak berkuasa Islam.

    “Ia satu ancaman yang patutnya masyarakat perlu lebih sensitif dengan perkembangan ini. Mereka perlu berhati-hati dengan mengambil tindakan sewajarnya agar bidang kuasa Mahkamah Syariah kekal dan tidak mudah diperkotak-katik,” ulas Fauzi lagi.

    Sementara itu Dekan Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Paduka Mahmud Zuhdi Abdul Majid menganggap keputusan Mahkamah Rayuan itu bukan suatu isu yang besar sama ada dari segi agama atau perundangan.
    Tegasnya ia adalah selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

    “Bertentangan atau tidak, itu pilihan sendiri. Jika maknyah merasakan apa yang dibuat itu tidak bertentangan, maka itu pilihan mereka. Jika mereka tidak mahu ikut para ulama dan cerdik pandai di dalam agama dan mahu buat apa yang mereka nak, tiada masalah.

    “Golongan ulama hanya nak membantu mereka untuk lepas dari dosa, ia tidak menjejaskan kepentingan para ulama dan pengamal undang-undang Islam. Mereka hanya nak tolong,” katanya kepada portal ini.

    Meskipun perkara itu boleh dibawa kepada proses perundangan yang selanjutnya, Mahmud bagaimanapun menggesa masyarakat negara ini tidak mudah melenting dengan perkara berkenaan.

    (Teruskan membaca....)

    Makcik Sambal Belacan.

    ReplyDelete