Pages

Wednesday, 5 November 2014

PANAS! !! DAP JANGAN PERTIKAI SEKOLAH AGAMA - @AzwanBro


Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Anwan Harun dilihat berang dengan kenyataan yang di buat oleh Ahli Parlimen Dap Sibu , Oscar Ling yang mempertikaikan sekolah Agama di Malaysia ini ..

Di petik dari Twitter beliau @azwanbro berkata , ' Dap jangan salahkan Sekolah Agama yang seiring dengan Islam Sebagai Agama Rasmi , Kita tidak persoal status Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) jadi Dap tak perlu soal status Sekolah Agama' .




Azwan juga berkata ' Sekolah lain aliran bukan punca asas permisahan kaum , kita hormat hak semua , Yang penting banyakkan interaksi dan persefahaman sesama kita' . 

Semasa di lobi Parlimen semalam , Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling (DAP) berkata , sekolah Agama juga menyebabkan permisahan kaum. Bagi Apj , apa yang di katakan oleh Ahli Parlimen DAP ini sangat biadap dan kurang ajar , kenapa perlu persoalkan sekolah Agama sedangkan ia adalah untuk ajaran agama Islam !!! 


Dap kerap sangat bermain api dengan Orang Melayu di Malaysia ni , selama ini kita hidup saling menghormati antara satu sama lain , kerajaan yang menubuhkan Sekolah Jenis Kebangsaan , bukan Dap , kita tidak pertikaikan akan hal ini !! 

Kita kena ingat Cina ada sekolah jenis Kebangsaan Cina , India ada sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Melayu adakah ada sekolah Jenis Kebangsaan Melayu ?? Orang Melayu bersekolah di sekolah Kebangsaan yang di khususkan untuk semua kaum !! 

Soal sekolah Agama adalah kerana orang Melayu beragama Islam , boleh memilih untuk bersekolah di sekolah agama atau sekolah kebangsaan yang ada semua kaum !! Kenapa Dap Pertikaikan hal ini !! sedangkan kita langsung tidak pertikaikan !!! 


Sekolah agama untuk belajar agama Islam 


Sekolah Rendah Jenis kebangsaan CINA 


Sekolah Kebangsaan 


DIMANA SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN MELAYU ??? 



No comments:

Post a Comment