Pages

Wednesday, 5 November 2014

WTC NEW YORK DI BUKA SEMUA SELEPAS DI REMPUH KAPAL TERBANG



Bangunan baharu Pusat Dagangan Dunia (WTC) dibuka semula hari ini bagi urusan perniagaan, sekali gus menjadi simbol kebangkitan Amerika Syarikat (AS) selepas kejadian 11 September 2001.


Pembukaan bangunan setinggi 541 meter yang menjadi menara tertinggi di AS itu, juga dikenali sebagai One World Trade Center, dibina bagi menggantikan menara berkembar WTC yang musnah akibat serangan pengganas kira-kira 13 tahun lalu.

Pengarah Eksekutif Pihak Berkuasa Pelabuhan New York dan New Jersey, Patrick Foye berkata, mercu tanda di New York City kini telah kembali dan bangunan tersebut merupakan menara paling selamat di AS.



Foye juga merupakan pemilik kepada menara berkembar dan tapak WTC yang kini dibangunkan semula sebagai lokasi perniagaan.

Syarikat majalah gergasi, Conde Nast telah memulakan operasi perniagaan apabila 175 kakitangan firma itu memulakan tugas pada hari pertama di bangunan setinggi 104 tingkat tersebut.

Awal tahun depan, Conde Nast dijangka memindahkan lebih 3,000 pekerjanya untuk memenuhkan 25 tingkat bangunan WTC yang bernilai AS$3.9 bilion (RM12.9 bilion) itu.

Meskipun timbul soal keselamatan yang dibangkitkan oleh pekerja syarikat tersebut tentang risiko menara tertinggi AS itu mungkin sekali lagi menjadi sasaran pengganas, ketua arkitek WTC, T.J. Gottesdiener memberi jaminan bahawa bangunan baharu berkenaan mampu menangkis sebarang ancaman seperti kejadian 11 September.

Menurut Gottesdiener, bahan konkrit yang lebih kuat banyak digunakan pada bangunan baharu berbanding menara WTC sebelum ini dan tangga keselamatan juga dibina menggunakan bahan yang sama.

“Jika anak lelaki saya mahu bekerja di WTC, saya tidak akan meragui tahap keselamatan bangunan tersebut.

“Bandar raya ini dan seluruh dunia memerhatikan kami untuk membina bangunan yang lebih kukuh dan baik berbanding sebelum ini, “ katanya.

No comments:

Post a Comment