Pages

Friday, 5 December 2014

#HanyaDiKedah : Sanggup Keluar WAD ' Demi Rakyat '




2 keping gambar kat atas ni sewaktu Sidang Dun Kedah baru-baru ni ,selain dari bajet Kedah 2015 yang dibentangkan YAB Dato' Seri Mukhriz, Menteri Besar Kedah, mata aku tertumpu dan terperasan tengok tangan YB Exco Kerajaan Negeri iaitu YB Datuk Tajuddin Abdullah yang berbalut dan masih berjarum . 

Setelah selesai sidang dun, aku terus pergi bertanyakan pada Datuk Tajuddin pasal tangan dia yang berbalut dan berjarum, jawapan dia ringkas ' Demi Rakyat ' . Hurmmm .. Risik punya risik rupanya Datuk Tajuddin keluar hospital atas keizinan Doktor yang merawat dia di kedah Medical Centre, Alor Setar untuk hadiri bajet Kedah dan Sidang Dun Kedah.

Dua hari sebelum tu , Datuk Tajuddin dimasukan ke wad kerana masalah kesihatan tetapi dia gagah untuk hadir ke siidang dun kedah demi rakyat negeri Kedah dan tanggungjawab sebagai Exco Kerajaan Negeri. 

Dalam hati aku tertanya-tanya adakah rakyat tahu betapa besarnya pengorbanan seorang pemimpin untuk membantu rakyat walaupun sakit demam , penat lelah siang dan malam berkerja untuk laksanakan tanggungjawab.

Aku dapat tahu Datuk Tajuddin kembali ke hospital untuk berehat dan dirawat, niat hati tergerak untuk aku pergi melawat dia di Kedah Medical Centre yang terletak berdekatan dengan Wisma Darulaman. 



Sampai saja aku di KMC ni aku terus masuk ke bilik beliau, terkejut aku bila tengok dengan mata sendiri Datuk Tajuddin mengadakan mesyuarat dengan kakitangannya di bilik hospital mengenai bajet 2015. 


Apa yang aku lihat buat aku terharu pengorbanan sorang bergelar ' YANG BERHORMAT ' ataupun ' WAKIL RAKYAT' . Tidak rugi penduduk yang memilih beliau untuk menjadi wakil mereka , inilah pengorbanan dan tanggungjawab yang beliau buat ' DEMI RAKYAT' . 


Buat Datuk Tajuddin , aku tabik hormat pada dia , teruskan perjuangan MEMBELA rakyat. Anda WIRA di hati kami !! 

Aku kongsikan gambar-gambar yang aku sempat ambik di wad hari tu !! 








No comments:

Post a Comment