Pages

Wednesday, 10 December 2014

Tudia !! Lumba Kereta GT Di Tengah Bandaq Kuala lumpur




Peminat sukan permotoran tempatan bakal teruja dengan penganjuran perlumbaan kereta GT di tengah-tengah bandar raya ini tahun hadapan.

Pesta perlumbaan kereta sport, dikenali sebagai Grand Prix Bandar Raya KL di atas litar sepanjang 3.2 km melalui jalan utama di sini, berlangsung selama tiga hari mulai 7 Ogos.

Litar lumba itu bermula dari KLCC, Jalan P. Ramlee, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Pinang dan kembali ke KLCC.

Pelancaran rasmi Grand Prix itu disempurnakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib yang kemudiannya menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara penganjur, GT Global Race (Malaysia) Sdn Bhd dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Persatuan Automobil Malaysia (AAM), Apex Circuit Design Ltd, KBR Projet Management dan Shanghai Topspeed Ltd.

"Apabila kami faham konsepnya, kami tahu Grand Prix Bandar Raya KL adalah sesuatu yang memberi manfaat besar kepada warga Kuala Lumpur dan akan meningkatkan lagi profil bandar raya yang hebat ini, " kata Ahmad Phesal semasa sidang akhbar.

Terdahulu, Pengerusi GT Global Race, Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar dalam ucapannya berkata Grand Prix Bandar Raya KL akan menjadi satu pesta utama yang turut menyediakan pelbagai pengalaman interaktif dan menghiburkan untuk penonton dan pelawat dari seluruh dunia.

"Kami akan memastikan Grand Prix Bandar Raya KL akan mematuhi standard Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA). Antara parameter utama pematuhan FIA ialah reka bentuk, pembinaan dan skop keseluruhan aspek teknikal litar lumba itu," katanya.

Beliau berkata Grand Prix itu akan memberikan impak besar kepada industri pelancongan dan juga ekonomi negara.


rakyat News 

Komen Aku : teruja la beb 

No comments:

Post a Comment