Pages

Sunday, 11 January 2015

Eric Paulsen Hina Islam, Polis Harus Bertindak Atau Umat Islam Akan Bertindak ??



Kali ini kenyataan yang cukup biadap dikeluarkan oleh peguam Pro DAP dan PR , dia sengaja mencetuskan perasaan marah Umat Islam apabila mengeluarkan kenyataan yang dilihat ternyata menghina Islam dan Umatnya mengenai khutbah jumaat yang dikatakan menyebarkan ekstremis Islam di negara ini. 


Setiap jumaat seluruh umat Islam di dunia akan menunaikan solat jumaat dan khutbah jumaat. Ia bukan sengaja dibuat di Malaysia tetapi ini adalah salah satu ajaran Islam yang beliau patut tahu tetapi beliau sengaja mencari pasal dengan Umat Islam di Malaysia ini. 

Ternyata keangkuhan dan kesombongan beliau sebagai peguam untuk mencari pasal dan mencabar undang-undang negara. Ini bukan kali pertama puak-puak cina Pro PR ini mencutuskan isu tetai dah banyak kali. Apa sebenarnya yang mereka cari ? Cari asal ataupun penyakit ??

Aku amat berharap pihak berkuasa PDRM mengambil tindakkan sewajarnya bagi mengajar manusia biadap jenis ini. Cukulah kami rakyat Malaysia dihidangkan dengan kelakuan seperti iblis ini. 

Aku juga mengharap rakyat Malaysia tanpa mengira agama mengkritik kenyataan menghina Islam seperti dilakukan oleh Eric Paulsen ini. Jangan sampai kenyataan seperti ini boleh melahirkan sifat dendam dikalangan orang Islam yang telah lama berdiam diri. 

Aku juga akan melihat sejauh mana kekuatan Akta Hasutan 1948 bagi membendung kes-kes seperti ini dari terus berleluasa di bumi Malaysia. 



Lebih menarik lagi ialah apabila Ambiga Sreevanasan, bekas Presiden Majlis Peguam yang sebenarnya merupakan salah seorang daripada pejuang pemurtadan dan liberalisme di Malaysia, turut menyokong Eric Paulsen. Menurut Ambiga, Eric Paulsen seharusnya kekal dengan pendiriannya dan membiarkan dirinya diseret ke mahkamah


Di mana satu kenyataan Eric Paulsen ini menyatakan khutbah jumaat mengajar atau menggalakkan keganasan !!!! 

No comments:

Post a Comment