Pages

Thursday, 1 January 2015

#QZ8501 : Coretan Terakhir Nisaa Fauzie #AirAsia


Pagi tadi, tiga jasad lagi ditemui dengan satu daripadanya adalah seorang peramugari. Perkara itu disahkan oleh jurucakap pasukan mencari dan menyelamat nasional (SAR), Bambang Soelistyo. Dan beberapa jam lalu, identiti peramugari itu disahkan sebagai Khairunisa Haidar Fauzi.




Gambar 'I Love You dari 38,000 kaki' yang dimuat naik di Instagram oleh salah seorang pramugari dalam pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa menjadi viral di laman sosial.

Detiknews melaporkan, Khairunisa Haidar Fauzi atau lebih dikenali sebagai Nisa, 22, sememangnya seorang yang cukup aktif di laman sosial dan pramugari itu sebelum ini sering memuat naik fotonya ketika bertugas di Instagram.

Dua minggu sebelum tragedi pesawat itu, Nisa dilihat memuat naik gambar sekeping kertas berwarna coklat tertera "I Love You From 38,000ft" dipercayai tulisan tangan beliau sendiri yang ditampalkan di cermin tingkap dengan pemandangan sayap pesawat berada di atas awan.


Gambar itu secara tiba-tiba hebat disebarkan pengguna Instagram apabila berita kehilangan pesawat QZ8501 dilaporkan dengan kebanyakan reaksi pengguna mengharapkan Nisa membaca komen tersebut.

Menurut Detiknews, foto itu diambil saat Nisa sedang bertugas sebagai pramugari dalam pesawat AirAsia dan beliau menulis keterangan foto tersebut:"Yes! I love you :x #love #caption #wings #aircraft".

Perbualan terakhir Nisa bersama keluarganya ialah pada malam sebelum gadis itu bertugas di Surabaya dalam pesawat QZ8501.

Penerbangan QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal, terputus hubungan dengan menara kawalan Jakarta pada pagi Ahad selepas meminta kebenaran untuk terbang pada altitud lebih tinggi.

Kali terakhir pusat kawalan udara berhubung dengan pesawat itu, apabila juruterbang meminta izin melencong di sebelah kiri naik ke ketinggian 38,000 kaki bagi mengelak awan tebal ketika cuaca buruk.

Mengimbas kembali perbualan terakhir bersama Nisa, bapanya Haidar berkata, anaknya ada memberitahu rancangan gadis itu menyambut tahun baru di Surabaya.

Merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, Nisa lahir di Palembang pada 11 Mei 1992. Graduan fakulti undang-undang Universiti Sriwijaya itu memulakan tugas sebagai pramugari AirAsia sejak 2013.


No comments:

Post a Comment