Pages

Wednesday, 7 January 2015

#QZ8501 : Ekor Pesawat Malang Air Asia Ditemui


Bahagian ekor pesawat malang QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa ditemui, lapor Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas).

Ketua Basarnas, F Henry Bambang Soelistyo memberitahu bahawa nombor siri masih jelas pada serpihan tersebut.

Pencarian ekor pesawat tersebut penting kerana ia mengandungi rakaman suara dan data atau kotak hitam pesawat, lapor NBC News.

Namun, kotak hitam tersebut masih belum dijumpai, kata Bambang kepada wartawan pada satu sidang media.

Penemuan itu diumumkan selepas satu lagi serpihan pesawat Airbus A230-200 tersebut dikesan oleh kapal USS Fort Worth milik Amerika Syarikat.

Sehingga kini, sebanyak 37 mayat mangsa nahas sudah ditemui.

Pesawat penerbangan QZ8501 kepunyaan AirASia Indonesia berkenaan terhempas pada 28 Disember lepas.

Seramai 162 penumpang termasuk anak kapal berada di dalam pesawat tersebut semasa kejadian berlaku.


j



Berikut merupakan kronologi penemuan ekor pesawat AirAsia QZ8501 : -

Jam 5 pagi WIB:

Pasukan GeoSurvey melaporkan penemuan objek dengan dimensi panjang 10 meter, lebar lima meter serta tiga meter tinggi yang diperoleh menerusi imbasan sonar.

Jam 8 pagi WIB:

Alat pengesan bunyi iaitu 'multibeam echo sounder' yang berkeupayaan menentukan kedalaman laut dilepaskan ke dasar, menemui bahagian berbentuk kubus pada kedudukan menjunam ke dasar laut.

Jam 10 pagi WIB:

Objek tersebut seterusnya disahkan menggunakan alat ROV (Remotely Operated Vehicles), robot yang boleh menyelam ke dalam air.

Jam 11 pagi WIB:

Anggota penyelam turun ke dasar laut untuk mengesahkan penemuan itu. Diperoleh pada objek itu tertera tulisan 'AX' dan 'Air' dan disahkan ia adalah ekor pesawat.

No comments:

Post a Comment