Kita dapat lihat betapa peniaga-peniaga Cina marah termasukalah pemimpin Pakatan Rakyat apabila Dato Seri Ismail Sabri meluahkan perasaan kecewa dan menasihati pembekal, pemborong dan peniaga Cina agar bersama mebantu untuk menurunkan harga barang.
Aku melihat dari kaca mata sebagai pengguna dan rakyat Malaysia sendiri bagaimana mereka ini hanya pandai bercakap tentang harga minyak yang tinggi, kos itu ini yang membebankan mereka, persoalannya sekarang adalah ketika ini harga minyak turun dengan banyak jadi di mana lagi alasan mereka untuk tidak menurunkan harga barang-barang?
Inilah sikap tamak dan melampau mereka !! Marah bila orang bersuara tetapi mereka sendiri menunjukan sikap yang tidak baik !!
Bangkitlah pengguna, sampai bila mahu terus 'dirogol' orang tengah
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mahu pengguna bangkit dan menunjukkan kuasa pembeli kepada orang tengah dan pemborong yang masih degil menurunkan harga barangan walaupun pengumuman harga minyak diumum kerajaan bermula Ahad lalu.
Sambil menyifatkan pengguna akan terus 'dirogol' orang tengah jika membiarkan situasi ini berpanjangan, Khairul Azwan Harun mahu mereka segera sedar dan menggunakan kebijaksanaan memilih untuk membeli di kedai yang menyahut seruan kerajaan dalam menurunkan harga barang.
"Sampai bila pengguna mahu terus dipergunakan orang tengah? Pengguna perlu menggunakan barangan atau premis alternatif jika mahu membeli dengan harga yang rendah.
"Pengguna sendiri harus mengedarkan risalah tentang kedai-kedai yang menjual dengan harga mahal. Tekanan sebegini akan memberi kesan kepada peniaga atau orang tengah yang masih degil untuk menurunkan harga barang," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Khairul Azwan mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melalui catatan di media sosial yang menasihatkan peniaga Cina untuk memberikan sepenuhnya kerjasama menurunkan harga barangan selepas pengumuman penurunan harga minyak Sabtu lepas.
Ismail memberitahu, kedegilan pihak-pihak tertentu untuk menurunkan harga barangan boleh menyebabkan kemarahan rakyat keseluruhannya kepada kerajaan.
Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Khairul Azwan sendiri turut mengulas isu sama melalui laman media Twitter dan Facebook.
Status terbaharu Facebook Khairy yang mahu pengguna menggunakan kuasa pembeli dan memberi tekanan kepada peniaga yang masih berdegil untuk menurunkan harga barang - Gambar Facebook Khairy
Dalam pada itu Khairul Azwan turut percaya pengguna tahu siapa dalang di dalam isu kos sara hidup tinggi yang dialami rakyat kini.
"Dengan kuasa beli yang kita ada, masa sudah tiba untuk pengguna merobek struktur keuntungan orang tengah.
"Pengguna perlu dan akan bangkit untuk kembalikan ekosistem yang lebih adil," ujarnya.
Sebelum ini, Khairul Azwan menyifatkan orang tengah dan kartel termasuk pengeluar, pemborong serta pembekal yang enggan menurunkan harga barang merupakan kumpulan yang mensabotaj ekonomi negara.
Tegasnya, kedegilan golongan ini untuk menurunkan harga barangan menyebabkan nilai barang akhir dan lengkap yang perlu dibayar pembeli masih di paras sangat mahal.
No comments:
Post a Comment