Pages

Sunday, 8 February 2015

Isu Harga Barang, Pemuda Umno Hantar Memorandum Ke KPDNKK @azwanbro



Mengenai isu harga barang yang masih belum turun, Pemuda UMNO Malaysia telah menghantar memorandum cadangan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam usaha Pemuda Umno membantu Kementerian menyelesaikan isu ini.

Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairul Azwan Harun mengetuai delegasi Pemuda Umno bersama Mohd Ar Rahman Husin yang juga Pengerusi Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup (KASKH) dan beberapa Exco Pemuda telah hadir ke Kementerian di Putrajaya menghantar cadangan memorandum itu kepada Menteri KPDNKK.

Menurut Azwan, memorandum ini adalah hasil perbincangan pihak Pemuda Umno Malaysia dalam membantu kerajaan melalui KPDNKK bagi mencari jalan untuk menangani masalah harga barang.

" Pemuda Umno telah meneliti beberapa perkara berkaitan intipati cadangan yang disampaikan melalui memorandum ini, bagaimanapun kita yakin KPDNKK dibawah kepimpinan YB Dato' Seri Hassan Malek telah mempunyai perancangan yang teliti untuk dilaksanakan". Ujarnya.




Menurut Azwan lagi, Dato Seri Hassan telah menyambut baik dan berjanji akan meneliti cadangan daripada Pemuda Umno Malaysia berkaitan isu harga barang.

Antara ringkasan intipati memorandum ini adalah seperti dibawah ;

- Menyaran dan meminta pihak Kementerian menguatkuasakan undang-undang selain penambahbaikan akta sedia ada.

- Menyarankan supaya pihak Kementerian menyenaraihitamkan peniaga yang melanggar undang-undang dan keluarkan dari senarai itu.

- Pihak Kementerian juga disaran mengiktiraf dan memberi anugerah khas kepada pengusaha kedai harga patut ( Fair Price Shop).

- Saranan supaya pihak kilang/pengeluar membuat jualan terus dari kilang ( seperti yang pernah dilakukan oleh BATA)

Di bawah sect 15 ( pindaan undang-undang, harga dan persaingan tindakan 2011) telah menetapkan bahawa perlu ada mekanisme untuk mengawal margin keuntungan, untuk itu, Pergerakan Pemuda Umno Malaysia mencadangkan sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan yang di ketuai  oleh Yang Berhormat Menteri KPDNKK.

Komen aku apa yang di lakukan oleh Pemuda Umno Malaysia ini adalah menarik dan boleh diambil perhatian oleh Menteri KPDNKK.

Pemuda Umno dilihat telah berada dibarisan hadapan bagi menekan pembekal, kilang dan lain-lain lagi untuk kurangkan harga barang.

Sekalung tahniah buat semua yang terlibat bagi memperjuangkan nasib rakyat.

No comments:

Post a Comment