Harga minyak dah 2 kali turun tahun ini, namun rakyat Malaysia masih dihidangkan dengan kedegilan pihak pengeluar, pemborong, dan pembekal menurunkan harga barang-barang. Dulu alasan mereka adalah kos pengangkutan mahal akibat harga minyak naik, nah sekarang dah dua kali turun tapi harga barang terus meningkat.
Siapa yang desak kerajaan untuk turun harga minyak melainkan puak-puak ini yang meminta pihak Pakatan Rakyat sendiri untuk menekan kerajaan turunkan harga minyak !!
Dimana suara-suara lantang Rafizi dan Pihak-pihak Pakatan ? mengapa tidak ditekan kepada pihak-pihak ini agar menurunkan harga barang ?
Aku petik kenyataan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia melalui Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun di laman sesawang www.astroawani.com
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, kedegilan golongan ini untuk menurunkan harga barangan menyebabkan nilai barang akhir dan lengkap yang perlu dibayar pembeli masih di paras sangat mahal.
"Kumpulan yang saya sebut tadi menjadi pensabotaj ekonomi negara. Mereka sengaja tidak menurunkan harga walau jelas kos pengeluaran menyusut selepas penurunan harga minyak.
"Golongan ini (orang tengah dan kartel) menjadi dalang yang menyebabkan kos sara hidup rakyat masih tinggi walaupun harga minyak turun dengan banyaknya," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Khairul Azwan mengulas gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada agensi berkaitan supaya mengambil tindakan terhadap dakwaa tentang kegiatan individu tertentu yang mensabotaj ekonomi negara.
Dalam pada itu katanya, golongan yang masih menggunakan alasan kononnya penurunan harga minyak hanya peratusan kecil yang minimal adalah penipuan besar.
"Ia alasan yang lemah sama sekali. Harga minyak RON95 dan diesel telah diturunkan lebih 25 peratus dari harga tertinggi yang lalu.
"Ini peratusan yang signifikan dan substantial dalam kos pengeluaran dan perkhidmatan.
"Harga minyak RON95 tertinggi tahun sudah adalah RM2.30 dan sekarang ia turun ke RM1.70 iaitu 26 peratus daripada harga asal," jelasnya.
Oleh itu tegas Khairul Azwan, alasan peratusan yang masih tidak signifikan adalah penipuan golong berkenaan sekali gus disifatkan sabotaj ekonomi.
"Harga diesel tertinggi tahun sudah adalah RM2.20 dan sekarang ia hanya RM1.70 sekali gus mencatat penurunan 50 sen atau bersamaan 23 peratus," ujarnya.
Katanya lagi, persatuan pengusaha bas dan van sekolah kini disifatkan contoh terbaik untuk menurunkan kadar perkhidmatan mereka.
Dalam perkembangan berkaitan tegasnya, kumpulan pendesak kerajaan yang pernah meminta penurunan harga minyak kini diharap berbuat perkara sama kepada pengeluar, pemborong dan kartel barangan.
"Dahulu mereka 'bising' minta kerajaan turunkan harga minyak dan kini sudah tertunai namun penurunan harga barangan tidak pula berlaku.
"Kumpulan ini seharusnya bangkit dan mendesak pemborong dan 'suku-sakat' mereka untuk menurunkan harga barangan pula. Bahang kos sara hidup kini dirasai semua kaum di negara ini.
"Ini bukan soal mekanisma permintan dan penawaran barangan di dalam pasaran terbuka. Ini soal tanggungjawab untuk memelihara ekonomi dan kesejahteraan rakyat bersama," jelasnya.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dilaporkan meminta peniaga, pengilang, pemborong dan peruncit diminta tidak mensabotaj ekonomi negara apabila kerajaan mengambil keputusan menurunkan harga minyak.
Tegasnya, empat kumpulan ini perlu mempunyai rasa bertanggungjawab bagi memastikan pengguna tidak terus dibebani dengan harga yang tinggi.
Setan setan ni mana ada perasaan....yg mereka tahu hanya kantong mereka saja. Kerajaan terutama penguatkuasa jalankanlah tugas dgn tegas tetapi beramanah.
ReplyDeleteKita buat price watch dan viralkan... sekiranya harga tidak berpatutan kita BOIKOT.. gunakan KUASA PENGGUNA
ReplyDeleteKita buat price watch dan viralkan... sekiranya harga tidak berpatutan kita BOIKOT.. gunakan KUASA PENGGUNA
ReplyDeleteCantik jugak tu
ReplyDelete