Rafizi Ramli seperti kita semua tahu dia pernah menjadi Pengarah Strategi PKR, dan kini menjadi Naib Presiden PKR dan juga Setiausaha Agung PKR. Dia terkenal dengan kegagalan ‘Kajang Move’. Rafizi Ramli merupakan pengarah strategik PKR ketika itu. Kedudukannya sepatutnya menggambarkan beliau merupakan pakar strategi. Namun, semenjak "Kajang Move" watak pakar strategi hanyalah omongan kosong.
Langkah-langkah politik yang diambil oleh Rafizi di lihat mahu menyelamatkan Anwar Ibrahim dan bukannya rakyat Malaysia.
Rafizi ada mengatakan ‘jika harga minyak turun, harga barangan juga akan turun’. Sejauh manakah kebenaran di sebalik teori ini?
Namun Rafizi terbukti gagal dalam teori ekonominya. Seperti yang dijangka, Rafizi kerap kali kalih kepada GST (Goods & Services Tax) apabila teori ekonominya menemui kegagalan. Beliau sering menggunakan GST sebagai alasan punca kenapa harga barang tidak turun walaupun minyak sudah semakin murah.
Maka tidak hairanlah mengapa sekarang rakyat mengingati Rafizi sebagai ikon “Minyak Murah, Harga Barang tidak murah-murah”.
CABARAN DEBAT RAFIZI TERHADAP KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA
Baharu ini Rafizi ada melontarkan cabaran debat terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin. Topik yang dipilih Rafizi ialah ‘Penghakiman Kes Liwat II Anwar Ibrahim’.
Saya melihat cabaran tersebut sebagai tidak relevan untuk berdebat dgn YB Menteri.
Namun saya sedia menawarkan diri untuk berdebat dengan Rafizi bagi menjelaskan hal yang benar bagi kepentingan rakyat.
Bukan sahaja soal penghakiman kes peribadi Anwar Ibrahim, malah saya juga melontarkan cabaran debat kegagalan ‘Kajang Move’ dan arahan yang dikeluarkan beliau baharu ini untuk mengadakan
satu demonstrasi besar-besaran untuk menumbangkan Kerajaan BN.
Rafizi sebaiknya didesak supaya berundur kerana beliau telah meletakkan nyawa PKR di hujung tanduk. Saya berharap kepimpinan PKR melihat tindakan Rafizi yang hanya populis dan tidak menguntungkan parti.
Saya ingin bertanya kepada Rafizi, apakah kelebihannya berdemonstrasi? Adakah ini satu bentuk politik kotor PKR? Apakah nilai tambah ‘value add’ berdemonstrasi bagi menumbangkan Kerajaan kepada kehidupan rakyat Malaysia?
Ibdilillah Ishak
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA
PENGERUSI BIRO MEDIA SOSIAL
No comments:
Post a Comment