Pergerakan Pemuda UMNO melihat cadangan pengasingan klinik dan despensari di pusat rawatan negara ini masih belum boleh dilaksanakan lagi.
Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, ia memerlukan satu pelan jangka panjang selain pelbagai perbincangan khusus sebelum perkara itu dapat direalisasikan.
"Pengasingan itu belum boleh dibuat. Semua pihak perlu memberi pandangan masing-masing dan agensi penguatkuasa harus melihat aspek ini dari sudut jangka masa yang panjang.
"Sebarang keputusan harus memikirkan kehendak rakyat dan tidak menyusahkan masyarakat secara keseluruhannya, kerana itu sebarang rang undang-undang mengenai isu ini yang akan dibentang harus mencari titik persetujuan semua," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Khairul Azwan mengulas kenyataan media Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr H. Krishna Kumar hari ini yang menolak Rang Undang-Undang Farmasi dengan alasan pemegang taruh yang berkaitan tidak dirujuk terlebih dahulu sebelum usul itu dibawa ke Parlimen.
Katanya, MMA bersama Majlis Perubatan Malaysia (MMC) dan beberapa organisasi berkaitan juga telah mengadakan pertemuan dengan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan berkaitan cadangan pemisahan dispensari dan hak preskripsi mengenai hal berkenaan.
Sebelum ini, cadangan memisahkan peranan klinik dan farmasi dalam pemberian ubat kepada pesakit telah menarik perhatian orang ramai.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam dilaporkan berkata, kerajaan sedang dalam proses menerima maklum balas daripada orang ramai mengenai isu tersebut.
Dr H. Krishna juga sebelum ini dilaporkan berkata pemisahan fungsi farmasi dan klinik hanya akan berlaku selepas penyusunan semula perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif.
Mengulas lanjut kata Khairul Azwan, Akademi Kepimpinan Kapten Hussein juga akan menganjurkan sidang meja bulat dalam masa terdekat untuk membincangkan isu berkenaan.
"Kita adakan 'roundtable' pada minggu hadapan sebagai langkah proaktif dan progresif Pemuda untuk beri cadangan penyelesaian kepada pihak KKM sendiri," jelasnya.
Kat oversea dh lama buat. Ahli farmasi lebih arif mgenai ubat kdg2 doktor pun tlepas pandang bab ubat ubatan ni.
ReplyDeletesebagai orang awam, saya tidak setuju dengan pengasingan ini. menyusahkan kami sahaja.
ReplyDeletejika pergi farmasi pun, jarang sekali jumpa ahli farmasi. yang jumpa hanya pekerja saja.
jika pergi klinik, confirm jumpa dengan doktor.
sekian.
anon 22:58
ReplyDeleteoversea memang dah lama buat tapi nampak tak apa komplikasinya?
saya baru je balik dari luar negara. amat menyusahkan dengan kaedah pengasingan ini. malah negara2 yang dah buat tu seolah2 menyesal buat pengasingan.
contoh terdekat, Indonesia. nampak tak setakat mana perkhidmatan kesihatan mereka? bagaimana rakyat mereka dalam mendapat akses kesihatan? amat sukar. itu belum masuk pasal kos lagi.