Dalam sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah petang tadi, YAB MB Kedah, Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir menerangkan bahawa 6 projek ikonik Kedah itu bukan projek yang semestinya dilaksanakan bawah RMK 11 (Rancangan Malaysia Ke 11). Ada juga dibawah NCER (Wilayah Ekonomi Koridor Utara) dan ada juga yang boleh dijayakan dengan mengunakan opsyen lain.
"Malahan kita perlu tahu, RMK merupakan satu perancangan 5 tahun dan setiap tahun ada bajetnya tersendiri. Malahan tidak semua projek diumumkan dalam RMK 11" kata beliau.
"Contohnya projek Rapid Pengerang, yang menelan belanja puluhan billion, juga tidak termasuk dalam RMK 10, tetapi ianya tetap dilaksanakan di Kota Tinggi, Johor" sambung beliau lagi.
Projek yang tak diumumkan bukan bermakna tidak mendapat perhatian kerajaan pusat. Cuma ianya mengikut keperluan semasa.
Menurut MB lagi, Projek Bandar Teknologi Getah dan Taman Teknologi Sains, mendapat dikhabarkan mendapat bajet secara langsung dari Kerajaan Persekutuan dibawah NCER dan Kerajaan Kedah menyokong hasrat Persekutuan untuk membantu dalam projek tersebut.
MB juga menolak dakwaan sesetengah pihak, kononnya Kerajaan Persekutuan menolak dan tidak bersetuju dengan projek ikonik negeri Kedah. Kerana perbincangan demi perbincangan masih dilakukan, untuk memastikan bahawa segalanya berjalan lancar.
No comments:
Post a Comment