Pages

Thursday, 21 May 2015

SIAPA ARAH KP JASA SERANG TPM #Al-Fatihah


Nampaknya KP JASA yang baru ni dah mula menyerang TPM di Facebooknya mengenai Kementerian Pelajaran yang dikatakan tidak buat kerja. 


Agenda menjilat Perdana Menteri ni mula ditunjukkan oleh KP JASA ni,  semuanya kerana ketegasan TPM mengenai masalah besar yang melanda 1MDB. Jadi untuk menjadi barua dan penjilat tegar maka KP JASA ini bersungguh-sungguh menyerang TPM dengan mempersoalkan sekolah di pedalaman Sabah dan Sarawak . 
Kenyataan beliau seolah-olah TPM sebagai Menteri Pelajaran tidak membawa apa-apa perubahan langsung pada sistem pendidikan negara. 

Aku cuma nak cakap apa yang KP JASA ni buat sewaktu dia jadi Timbalan Menteri dulu? Apa JASA yang dia buat dan bantu rakyat ? 

Kalau dia bagus buat kerja bantu rakyat kenapa rakyat dikawasan dia sendiri menolak dia sampai kalah pilihanraya sampai terpaksa Perdana Menteri melantik jadi KP JASA . 

Tetapi kita boleh lihat la apa agenda JASA sekarang ? Mempertahankan PM atau apa ? Apa matlamat tubuhkan JASA ? 

Artikel seterusnya nanti aku akan buat khas untuk KP JASA ni .. maklumlah dia pemimpin hebat ... adios 

Rindu pulak aku kepada Allahyarham Datuk Fuad Hassan sewaktu beliau memimpin JASA dulu . Dia yang terbaik .

Al-Fatihah 



No comments:

Post a Comment