Pages

Saturday, 9 May 2015

Video : #1MDB, Najib Harus Jawab Dan Jelas Isu Ini - Pemuda Perak



IPOH: Pemuda Barisan Nasional Perak memohon agar kepimpinan tertinggi iaitu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak untuk memberikan penjelasan yang lengkap bagi menjawab segala isu-isu yang menimbulkan kegusaran rakyat kini.

Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Perak, Hairul Anwar Mohamed Noor pelbagai isu timbul antaranya seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), 1Malaysia Development Berhad (1MDB), perumahan generasi kedua Felda dan terbaru kini pembelian aset oleh Lembaga Tabung Haji.

“Semua ini dilihat semakin berterusan dan menjadi gunting dalam lipatan kepada sokongan rakyat terhadap kerajaan sedia ada,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak perlu memberi penjelasan mengenai isu tersebut yang semakin berlegar di ruang maya dan menjadi buah mulut rakyat.

“Pilihan raya kecil baru-baru ini turut dijadikan medan bagi pihak pembangkang untuk terus menimbulkan kebencian rakyat kepada kepimpinan.


“Akibat daripada isu-isu ini dan juga kesilapan penjelasan oleh segelintir pemimpin juga mendorong kepada akibat amat dahsyat dikemudian hari dikhuatiri mengakibatkan kekalahan besar dalam pilihan raya akan datang,” jelasnya lagi.

Sarannya lagi, Perdana Menteri yang merupakan selaku presiden parti juga perlu menjawab dan memberi penjelasan kepada rakyat terhadap isu tersebut bagi memastikan kepercayaan serta keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN tetap kukuh.

“Ini adalah harapan dan suara rakyat yang kami semua dengar dan memohon penjelasan secepat mungkin,” katanya.

Jelas Hairul lagi, Perdana Menteri perlu menjelaskan sendiri perihal isu pembelian aset oleh Lembaga Tabung haji secara lengkap dan telus supaya dapat menangkis fahaman negatif beranggapan ianya digunakan untuk menampung dana 1MDB.


"PM Perlu Tampil Perjelas Isu Yang Timbul Kepada Rakyat": Pemuda BN Perak.IPOH: Pemuda Barisan Nasional Perak memohon...
Posted by Perak Today on Friday, 8 May 2015

No comments:

Post a Comment