Pages

Saturday, 24 October 2015

Ramai orang marah Najib



SHAH ALAM - "Kita sudah mempunyai lima perdana menteri tetapi tidak pernah dikecam kerana rasuah seperti ini dan semua orang berkata sebegitu," demikian kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu wawancara bersama media asing baru-baru ini.

Dalam wawancara yang dipetik The Guardian, Mahathir mengambarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mempertahankan jawatannya dengan apa cara sekalipun.

"Najib mengawal media arus perdana. Mereka tidak dapat berkata apa-apa, mereka menapis diri mereka secara sukarela.

"Mereka boleh dipindahkan, mereka boleh dipecat, akhbar mereka boleh dihentikan dari penerbitan.

"Terdapat semua jenis perkara-perkara yang dia boleh lakukan. Dia boleh memanggil editor untuk disoal siasat, di mana ia agak tidak menyenangkan, jadi orang cuba untuk mengelakkan itu," katanya.

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu juga berkata, cara untuk menyingkirkan Najib adalah melalui undi tidak percaya

"Atau beberapa demonstrasi kepada pemerintah bahawa perdana menteri telah hilang keyakinan dan sokongan majoriti ahli Parlimen." ujarnya.

Menurut Dr Mahathir lagi, hubungan keruh dengan Najib berlaku secara beransur-ansur.

"Saya cuba pada mulanya bercakap dengan perdana menteri, namun dia (Najib) tidak berbuat apa-apa pun untuk menerima nasihat itu," katanya.

Tambahnya lagi, dia pernah memberitahu Najib secara peribadi bahawa tidak lagi menyokongnya yang juga tidak mempunyai apa-apa kesan.

"Kemudian saya memberitahu orang ramai saya tidak menyokong beliau.

"Itu yang menyebabkan saya terpaksa melalui media alternatif kerana dia telah disekat daripada apa-apa yang saya perkatakan di media arus perdana.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, ramai orang membaca blog saya dan mereka telah memberi komen terhadap Najib.

"Orang ramai sangat marah tetapi mereka tidak mempunyai cara untuk menyuarakan perasaan mereka," katanya dalam temu bual dengan Guardian.

Katanya, beliau berasa terpanggil untuk bersuara di blog beliau terhadap Najib.

"Ia bukan sesuatu yang saya sukakan (menulis blog).

"Saya dapati saya perlu lakukan sesuatu kerana ramai orang datang berjumpa dengan saya, mengadu tentang kerajaan dan meminta saya melakukan sesuatu." katanya lagi

4 comments:

  1. Melayu mudah lupa...zaman dia apa yg dia buat keatas media...lagi dahsyat oooooo. Sekarang pandai pula cakap...Tun M anda dah nyanyuk....dok masjid lagi bagus...Taubat la sementara masa masih ada ni.

    ReplyDelete
  2. betul..MELAYU MUDAH LUPA...

    Macam -macam kata dan fitnah Najib...adakah Najib menomah dia balik?..tidak bukan !!

    MAKNANYA NAJIB LEBIH BAIK DARI DIA..

    ReplyDelete
  3. I respect u mahathir but u r not perfect too.

    ReplyDelete
  4. Bagus Headbomb... very good ethic, stay with the Government.

    Jangan ikut Blogger Banggang Sial Haramjaddah spt Din Turtle, Outsidethebox, Kluangman yg selalu Benggong, Apanama pukimak semua ini blogger macai mamakkutty mahathir pukimak.

    Mahathir wajar dimaki hamun, kerana mahathir sial, orang tua kutuk, haramjaddah dah tua tak sedar diri.

    Kepada puak2 macai Mahathir, tiada penjelasan yg mahu kamu terima, tapi hanya maki makian yang layak untuk kamu.

    ReplyDelete